Connect with us

Artis / Selebriti

” Comelnya tengok Amir pakai kain ihram. Alhamdulillah rezeki Amir, ibu dan abangnya.. ” – Netizen

Video Amir Sisi Berangkat Ke Tanah Suci Menunaikan Ibadah Umrah Bersama Ibu Dan Abangnya Raih Perhatian Ramai. Wah Sempat Amir Belanja Satu Lagu Sebelum Naik Kapal Terbang !!

Keunikan suaranya merinding dan menusuk kalbu. Si cilik berbakat besar iaitu Amir Sisi muncul juara The Chosen One musim pertama. Kejayaan ini sekali gus menobatkan Amir sebagai orang Asli pertama yang muncul meraih kemenangan pertandingan nyanyian televisyen kanak-kanak di Malaysia.

Selepas kemenangan Amir, banyak video Amir dikongsikan di media sosial. Malah, sekarang Amir mempunyai ramai peminat yang sentiasa mengikuti perkembanganya dari semasa ke semasa. Terbaru, meninjau di akaun TikTok dikongsikan video Amir bersama ibu, abangnya dan Cikgu Umar dapat menunaikan ibadah umrah.

Klik gambar untuk info..

Menerusi video pertama adalah memaparkan perjalanan Amir bersama keluarga menaiki sampan bersama beg mereka. Manakala menerusi video kedua dan seterusnya pula memaparkan mereka telah tiba di lapangan terbang bersama jemaah yang lain untuk berlepas ke Tanah Suci.

Perkongsian video-video tersebut menjadi perhatian warganet. Ada yang meluahkan rasa terharu melihat Amir sekeluarga dapat menunaikan ibadah umrah. Sehingga kini, video Amir menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.

Ikuti perkongsian video-video di bawah ini :

(Sila tunggu seketika jika video lambat keluar )

@amirunukofficial

Semoga kesusahan perjalanan mereka,menjadi asbab dipermudahkan urusan ibadah mereka..Allahuma aminn..#diaridaripedalaman #termojproduction #amirsisiunukofficial #beranda #fypシ

♬ Allahumma Labaik – Sabyan

@amirunukofficial

Inshaa allah team @Termoj Production di Mekah akan update perjalanan Amir di sana dan kota Madinah inshaa allah..Terbang jauh bersama @umrahandalusiadotcom #fypシ #beranda #amirsisiunukofficial #termojproduction #diaridaripedalaman

♬ original sound – S̷pain ☹ – S̷ilent ®

@amirunukofficial

@tempahan_sulam_che_ana terima kasih untuk sponser tag nama Amir n family n Cgu Umar..Alhamdulillah mereka telah selamat mendarat di Arab Saudi,nanti akan jumpa team @Termoj Production di sana inshaa allah..#diaridaripedalaman #termojproduction #amirsisiunukofficial #beranda #fypシ

♬ original sound – Nissa Sabiyan – Nissa Sabiyan

@amirunukofficial

Alhamdulillah,terima kasih @Andalusia HQ tunaikan impian Amir dan keluarga untuk terbang jauh,sekali gus menjadi tetamu Allah,nantikan #DiariAmirdiTanahSuci by @Termoj Production

♬ Sholawat Ilahana – LAYLAA ZAKYAH

@umrahandalusiadotcom

“REZEKI ADIK AMIR TUNAI UMRAH BERSAMA ANDALUSIA 🤲” Alhamdulillah, adik amir bersama ibu & abang beserta gurunya telah pun selamat berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan umrah pada petang semalam. Mari mendoakan semoga urusan mereka dipermudahkan sepanjang berada di sana dan mendapat umrah yang maqbullah, Aamiin. Jangan lupa like & kongsi untuk mengikuti lebih banyak tips dan info berkaitan haji dan umrah ! #umrahandalusia2023#umrah2023🕋#umrahandalusia#andalusiatravel #elakkanscamumrahhaji

♬ original sound – Andalusia HQ – Andalusia HQ

@amirunukofficial

Alhamdulillah..Selamat mendarat di Tanah Suci Mekah,inshaa allah kami cuba update aktiviti Amir di sana.@Termoj Production @Andalusia HQ

♬ Thank You Allah – Maher Zain

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka turut menitipkan doa buat Amir sekeluarga. Antara komen-komen menarik adalah :

” Comelnya tengok Amir pakai kain ihram. Alhamdulillah, rezeki Amir, ibu dan abangnya.. Semoga segala urusan menunaikan ibadah umrah dipermudahkan.. “

” Alhmdulillah.. Syukur YaAllah,semoga dpermudahkan urusan unuk&family.. Serta cikgu Umar,jaga ksihatan baik2.. Insyaallah.. “

” Bertuahnya adik Amir ibu dan abg bersama ustaz Allah panggil bila Dia nak umatnya yg bertuah ini buat yg lagi terbaik moga semuanya slmt pergi dan balik.. “

” Rezeki Amir dan keluarga.. Terima kasih pada org yg yg menaik kan Amir.. Rezeki yg dah tercatat.. Semoga semua dalam lindungan nye.. Aamiin.. “

” Alhamdulillah.. Semoga dikurniakan kesihatan yg baik sepanjang mengerjakan umrah buat Unuk sekeluarga dan team termoj production.. “

” Alhamdulillah syukur ya Allah semoga dipermudah kan sepanjang mengerjakan Umrah Dan mndapat Umrah yg mabrur buat kalian semua.. “

” Dah tercatat… Kehadiranmu membawa seribu kebaikan dan rezekimu dapat pergi umrah bersama keluarga.. Syukur, moga2 Amir menjadi anak yang soleh.. “

Klik gambar untuk info..

Rezeki Amir sekeluarga, indah betul perjalanan kehidupan Amir. Dalam kejayaan Amir, ada terselit rezeki keluarganya. Difahamkan Amir sudah tiba di Tanah Suci pada ketika ini. Semoga Amir sekeluarga dan Cikgu Umar diberikan kesihatan yang baik sepanjang mereka di sana serta segala urusan menunaikan ibadah umrah dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok amirunukofficial, umrahandalusiadotcom

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT