Artis / Selebriti
” Dorang yang menangis berpeluk, aku dekat sini pulak teriak.. ” – Netizen
Video Dato’ Red Tanpa Sengaja Merakamkan Moment Yang Menyedihkan Antara Adira Dan Ibunya Ketika Sedang Live Buat Ramai Sebak. Alahai Sedihnya Tengok !!Β
Menerusi perkongsian beberapa akaun Tiktok, telah dimuatnaik video ketika Dato’ Red membuat live pada pagi raya. Sebagaimana yang semua maklum, Dato’ Red beraya bersama Adira dan anak-anak di rumah keluarga Adira di Kuching, Sarawak.
Dato’ Red memberitahu ibu Adira sanggup berhabis untuk membelikan tiket supaya Dato’ Red dapat pulang beraya bersama-sama tahun ini. Menerusi video ini, Dato’ Red tanpa sengaja telah merakamkan satu moment yang menyedihkan antara Adira dan ibunya itu.
Ibu Adira menangis kerana terlalu sedih kerana impiannya untuk beraya di pagi raya bersama Adira dan Dato’ Red tercapai. Apabila melihat ibunya menangis, Adira terus memeluk ibunya dan cuba menenangkan hati sang ibu. Hati ibu mana yang tidak sedih, 5 tahun penantian akhirnya hari yang dinantikan tiba jua.
Memetik komen warganet, jelas betapa sayangnya ibu Adira kepada Dato’ Red, menantu yang baik dan melayani anak dan cucunya dengan penuh kasih sayang. Sweet sahaja melihat Adira menyantuni ibunya, penuh dengan rasa kasih menyuapkan ibunya makan. Adira sememangnya seorang anak yang baik dan solehah.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )Β
@media_penglipurlara Doakan yang baik-baik buat mereka sekeluarga. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin βΊοΈ #adira #datukred #raya #viral #fypp
β¬ original sound – mediapenglipurlara – mediapenglipurlara
@mom_aqilalfathi Mak adira belikan tiket dato,nak dato beraya dgn family adira β€οΈ #datored #datinred #adirasuhaimi #viral
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian tersebut. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Kalau mertua syg mesti menantu baik. betapa kluarga beria melihat kluarga tok bersatu… tidak mahu ada perbalahan antara tok dan adira.. Semoga jodoh dato red dan adira berkekalan.. ”
” Itu tanda mak adira nak jodoh adira & dato red berkekalan. orang tua kalau tak sayang, tak kan sampai menjemput & beli kan tiket. itu tanda mak & family adira sayang dato red.. ”
” Tak boleh tahan airmata tengok mak adira nangis tu. Sayangnya dia pada dato’ red dan adira. harapan mak nak rasa beraya dengan anak menantu.. ”
” Ibu sebak tgok anak betapa kuat nya anak aku ni dlm apa jua stil nmpk gembira, lgΒ² menantu ada situ ohhh lg sebak.. ”
” Mak mana nk tengok anaknya bercerai.. Tambah lagi dato’ red sayang dia macam mak sendiri. lagi lah sayu.. ”
” Drg yang menangis berpeluk, aku dekat sini pulak teriak. bab-bab mak ni, tak boleh lah. Tak tergambar hati mak adira tu gembira bercampur baur dengan sedih dapat beraya dengan anak menantu.. ”
” Happy nya mak dapat tengok adira dengan dato red berkumpul. Sayang mak pada dato’ red.. moga ada keajaiban dan korang tetap bersama selamanya.. ”
Alahai sedih pula mendengar Dato’ Red berkata itu sahaja mak yang dia ada. Kasih sayang ibu mertua yang tak berbelah bagi untuk anak dan menantu. Semoga jika ada kesempatan dan peluang, ikatan perkahwinan Adira dan Dato’ Red dapat diselamatkan, pasti mak lah orang paling gembira.
Silakan SHARE..
Sumber :Β Tiktok Mediapenglipurlara, Tiktok Missroses, Tiktok Freedom
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ni menari sopan namanya bukan kayu. Cute macam Kpop dulu-dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amira kena bahan dengan adik macam tu je. Gurau pun lembut je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alaa sedih laa. Dulu Uncle Ajai bagi peluang kat ibu, sekarang Talita pula diajarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amad tarik masa chorus ‘semarakkanlah warna asmara’ boleh lawan Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adik Kak Long nyanyi lagu Abang Long. Ehem ehem.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Rehearsal pun dah power. Lagu brazilian jazz ni, bukan semua orang boleh bawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kemain menari sekali dengan mimik muka dan mata ye.. ” – Komen NetizenΒ
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Haa jangan lah macam tu, ni semua Amira Othman punya pasal.. ” – Elly Mazlein