Artis / Selebriti
” Dengar Thalita nyanyi mesti sedih sangat. Vibrato ibunya, nangis tau dengar.. ” – Komen Netizen

Video Hazama berduet bersama Thalita menyanyikan lagu Terakhir Buat Teman raih pujian ramai. Fuh suara Thalita memang sebijik suara arwah Siti Sarah. Sebak pula dengar..
Baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 12 tahun, satu-satunya anak perempuan peninggalan arwah Siti Sarah Raissuddin, Thalita semakin dikenali ramai. Tekad Thalita untuk menjadi penyanyi sehebat ibunya disokong oleh Shuib dan rezeki Thalita kerana dirinya diterima ramai.
Selepas Era busker, muncul pula di Konsert By Ajai and Friends Singapura, bakat nyanyian yang dimiliki oleh Thalita diakui oleh semua. Thalita mempunyai auranya yang tersendiri dan suaranya juga hampir mirip dengan suara Siti Sarah. Bakat nyanyian Siti Sarah diwarisi oleh Thalita.
Meninjau entry di akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Thalita jamming bersama penyanyi, Hazama. Diiringi petikan piano oleh Genervie Kam, Hazama dan Thalita berduet menyampaikan lagu berjudul Terakhir Buat Teman dengan penuh penghayatan.
Ramai yang memuji kehebatan vokal Thalita sekarang. Selepas mendapat sentuhan Ajai, Thalita nampaknya sudah tahu di mana kekuatan vokalnya. Low note Thalita tak ubah seperti Siti Sarah. Warganet mengatakan mendengar Thalita menyanyi dalam video ini seakan mendengar Siti Sarah yang menyanyi, sama betul.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Terbaik lah Thalita.. ya Allah ada suara ibunya di situ.. Sedapnya lemak suara Thalita.. tak puas dengar, best sangat.. “
” Kenapa dengar macam arwah ibunya yang menyanyi.. sedapnya ya ampun.. 80% suara arwah ibu dia lah. Al-Fatihah buat arwah Siti Sarah.. “
” Addicted dengan suara thalita.. rasa macam dengar Sarah yang menyanyi.. sedap makin sedap suara Thalita.. “
” Wow… Thalita,lontaran suara dah mcm suara arwah ibu la. Teruskan Thalita, semakin mantap suara.. “
” Ni baru 12 tahun dah ada weight, syabas thalita.. Sekejap je Ajai ajar dak Thalita ni… dia punya improvement Letopann.. “
” Mana yang cakap suara talita tak sedap tu kena korek telinga dalam sikit. suka sangat dengar suara Thalita.. sedap.. “
” Dgr dekta nyanyi mesti sedey sgt.. haisshhh xtawlaaa kuat btul aura arwah sarah.. smp semua jatuh syg kt dia.. “
” Rindu suara arwah kak Siti Sarah. Alhamdulillah suara beliau dh ada penganti. Sedap suara Tahlita seperti ibunya.. vibrato ibunya.. nangis tau dengar.. “
Meremang semua mendengar kekuatan vokal dan persamaan suara antara Thalita dan Siti Sarah. Semakin hari, semakin mantap suara Thalita dan tidak mustahil Thalita boleh menjadi penyanyi pelapis yang hebat suatu hari nanti. Teruskan usaha Thalita untuk mencapai impian menjadi penyanyi seperti ibu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Bella jawab, good answer. Keep going strong Bella.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Sangat limited nak jumpa yang perangai macam arwah Nurly ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terkantoi pulak dah, ni bukti kukuh ni. Manja betul dengar Bella panggil YB macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bunyi batuk daddy tu yang mahal, dah pandai ajuk daddy ye Zara, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Dengan papa sekali terasa hina. Terbahak lah aku dengan ayat Amayan ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Legend la Ayash, dia boleh ingat lirik. Lagu tak boleh bawa bincang pula tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Sedihlah, menitis air mata bila dengar dia cakap suami dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang dengar suara dia, serius merdu. See, yang pernah dia kecam dulu.. ” – Komen Netizen