Artis / Selebriti
” Dengar suara Sallman jadi sedih pula. Suara SS dalam diri Sallman.. ” – Komen Netizen
Video anak kedua Ina Naim, Sallman Elkhoyri mendendangkan lagu Rahsia Pohon Cemara menyentuh hati warganet. Sedapnya suara Sallman. Pemalu sungguh Sallman, menyanyi tak nak tengok kamera. Lenggok suara sama dengan suara arwah Suhaimi Saad..
Kehidupan Ina Naim kembali menjadi sorotan ramai apabila Ina mengambil keputusan menikahi seorang jurutera bernama Mohd Khairul Rizal. Apa sahaja yang Ina dan Rizal lakukan pasti akan menjadi tumpuan ramai. Anak-anak Ina juga menerima tempiasnya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Nizarwatie, telah dikongsikan satu video terbaru Ina dan Rizal. Istimewanya video kali ini, warganet dapat mendengar suara anak kedua Ina, Sallman Elkhoyri menyanyi. Bukan mudah untuk mendengar suara Sallman kerana Salman pemalu orangnya.
Atas permintaan viewers yang menonton live Ina dan Rizal pada waktu itu, pasangan ini berkali-kali mencuba memujuk Sallman supaya Sallman memandang ke arah kamera. Namun sayangnya Sallman tetap tidak mahu, tebal sungguh tahap pemalu anak teruna Ina seorang ini.
Sallman mendendangkan lagu popular oleh kumpulan Exist berjudul Rahsia Pohon Cemara. Mendengar suara Sallman yang lunak itu membuatkan hati warganet tersentuh. Memetik komen mereka, suara Sallman tak ubah seperti suara arwah ayahnya, Suhaimi Saad.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@nizarwatie Replying to @maznah.othman37
♬ original sound – NizarWatie | Affiliate – Ladywatie | Affiliate
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 300 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Power suara Salman, memang sedap suara anaknya. Mengikut jejak arwah ayahnya. Alhamdulillah.. “
” Dengar suara Salman jadi sedih pulak .. suara SS dalam diri Salman … terbaik Salman.. bagus suara Salman ni.. “
” Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. Teringat masa dia berduet dengan arwah dulu.. “
” Power suaranya Salman ni.. masya Allah sedap sesedap sedapnya.. merdu dan syahdu dengar dia nyanyi.. “
” Masya Allah merdu suara Salman.. Pergh sedap sangat dengar.. sayu pulak bila dengar lama-lama.. “
” Suara macam arwah Suhaimi Saad ye.. sedapnya suara Salman, tak puas dengar, dia ada lunaknya tersendiri.. “
” Power suara Salman, macam arwah Suhaimi sangat.. Makin besar makin sedap suaranya tu.. Salman kalau menyanyi secara profesional, boleh ulang tsunami Mawi ni. Ada potensi.. “
Salman ada vokal yang baik dan suaranya tidak jemu didengar. Jika digilap lagi, tidak mustahil Salman boleh mencipta fenomenanya yang tersendiri. Apa-apa pun, semoga Salman terus menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya dan insan yang baik budi pekerti.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Nizarwatie, Youtube Channel Suhaimi Saad Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ala kalah la Dekta macam ni. Sedap doo suara Matin. Lock lah macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Una langsung tak pandai cover gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara dia berdiri, gerakan tangan dia sebijik macam arwah ibunya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Falah pandai menyanyi, sedap suara ketua. Part last tu lawak, adoi ketua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ni baru penyanyi, jadi bertambah sedap lagu ni bila Amira nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Ni menari sopan namanya bukan kayu. Cute macam Kpop dulu-dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Awesome je Liza menyanyi, macam ni pun dah meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Alaa sedih laa. Dulu Uncle Ajai bagi peluang kat ibu, sekarang Talita pula diajarnya.. ” – Komen Netizen