Artis / Selebriti
” Wow, biasa perempuan yang dapat surprise macam ni. Special betul kejutan Wawa untuk Aeril.. ” – Komen Netizen

Wawa Zainal muatnaik video buat kejutan sempena hari lahir Aeril Zafrel raih perhatian ramai. Wah sweet sungguh cara Wawa celebrate birthday Aeril, dah macam dalam drama cinta. Tapi part last yang pisang tu dah kenapa. Lawak lah Aeril, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik pelakon dan juga usahawan iaitu Wawa Zainal, telah dikongsikan video yang memaparkan Wawa membuat kejutan istimewa sempena hari lahir suaminya, Aeril Zafrel yang ke 36 tahun. Menerusi video itu, kelihatan Wawa sendiri yang mendekorasi sambutan untuk Aeril.
Wawa telah menghiasi bunga-bunga ros segar dan beberapa batang lilin di atas meja makan untuk menaikkan suasana romantik makan malam bersama Aeril. Bukan itu sahaja, di bawah lantai juga Wawa menaburkan kepingan kelopak bunga ros sebagai penanda jalan menuju ke meja makan.
Setelah itu, Wawa merakamkan telatah Aeril tersenyum saat melihat kejutan yang diterimanya. Namun apa yang menarik, Wawa ada menyediakan beberapa kad yang perlu ditanda oleh Aeril untuk melakukan beberapa aktiviti bersama dengan Wawa.
Pada makan malam yang indah itu, Aeril menerima hadiah seutas jam tangan mewah daripada Wawa. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ada yang meluahkan rasa kagum melihat kesungguhan Wawa meraikan hari lahir Aeril.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan ramai yang terut memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Aeril. Antara komen-komen warganet adalah :
” Wow, Wawa deco sendiri semuanya, hebat lah.. Happy Birthday aeril_zafrel.. Enjoy your day.. Semoga bahagia hingga jannah bersama isteri tersayang w4w4_zainal dan family.. “
” Wow biasa ppuan dpt suprise camni, special betul Wawa buat untuk Aeril.. Kita tengok pun rasa sweet sangat.. Happy birthay Aeril.. “
” Yg part hujung tu satu hal, hahahaha.. Yang part movie tu, aishhh buat kita gerammm nengoknye hahahahhaha.. Selamat hari lahir tok ketua.. “
” Semoga dipanjangkan umur, d murahkan rezeki dan bhgia bersama keluarga tercinta hingga ke syurga al jannah aamiin ya rabbalamin.. “
” Happy birthday aeril_zafrel.. Semoga menjadi suami dan ayah yang terbaik buat keluarga mu.. Semoga Allah lipat gandakan rezeki keluarga w4w4_zainal.. Aamiin.. “
” Part banana tu meletup ktwa sya, hahaha.. Btw cantik betul Wawa deco untuk birthday Aeril.. Nampak sweet and so romantic.. “
” Happy birthday Ariel , untung dpt wife mcm Wawa.. Semoga bahgia hingga ke syurga bersama w4w4_zainal .. Aamiin yra.. “
Part last memang tidak disangka secara tiba-tiba Aeril Aeril muncul dengan costume pisang. Apa-apa pun, memang sweet sangat cara Wawa meraikan hari lahir Aeril pada tahun ini. Selamat hari lahir Aeril, semoga terus bahagia bersama Wawa dan dimurahkan rezeki selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG w4w4_zainal
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral5 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti16 hours ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Umairah menangis di tepi pentas.. ” – Siti Nur Sairah Tarudin