Artis / Selebriti
” Dengar sikit pun dah sedap. Vokal mantap, ni baru best.. ” – Komen Netizen
Video teaser nyanyian duet Azeva dan Merrah untuk lagu tugasan Talk To My Manager musim 2, Baldu Biru curi perhatian ramai. Fuh memang power lah paduan suara Merrah dan Azeva ni. Dua-dua anak legend tu..
Program realiti TV, Talk To My Manager musim 2 (TTMM2) antara program yang diminati oleh orang ramai. Saban minggu, persembahan yang mantap disajikan oleh para peserta program ini dan salah seorang yang mendapat perhatian adalah anak Ameng Spring, Azeva.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sooka Malaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Azeva menyanyikan sedikit teaser untuk tugasan minggu ke 6 TTMM2. Tema duet adalah tema minggu ini dan pasangan duet Azeva adalah anak Dato’ Awie, Putra Ahmad Merrah.
Lagu nyanyian asal Dato’ Awie dan Ella berjudul Baldu Biru bakal dipersembahkan oleh Azeva dan Merrah. Warganet merasa teruja dan merasakan Azeva dan Merrah akan menjadi persembahan tergempak pada hari Ahad ini. Sedikit sahaja nyanyian mereka sudah membuatkan penonton tidak senang duduk.

Azeva ada tarikan dari segi suara dan rupa parasnya yang cantik. Bakat Azeva dan suaranya yang unik juga diakui oleh para juri. Apa yang pasti, Merrah dan Azeva bakal memberikan saingan yang sengit kepada semua peserta TTMM2 yang lain pada minggu ini.
Jom tonton video di bawah :
@sookamalaysia Azeva dan Merrah MENYALA! Jom strim Talk To My Manager 2 di Sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :
” Dengar sikit pun dah sedap, mesti gempak Ahad ni.. sepadan suara depa dua ni, dua-dua anak rockers.. “
” Do your best Azeva dan Merrah.. memang sesuai sangat jadi pasangan duet ni. suara masuk, best sangat dengar.. “
” Duet ni kalau ada lagu sendiri mesti letops.. sedaplah suara duet Azeva vs Merrah ni. mantap dan terbaik.. “
” Ditunggu lah Ahad ni. Comel lah Merrah dengan Azeva ni.. sedap woo, vokal mantap.. tak sabar nak tengok, ni baru best.. “
” Mesti Azeva juara minggu ni…. merrah tu macho macam ayahnya Dato’ Awie.. boleh cilok tu hahah.. zaki is watching.. “
” Azeva ni full pakej, suara sedap, lawo pun lawo.. duet lak dengan merrah, memang confirm gempak persembahan dorang nanti.. “
” Zaki so xpelah..nasib baik merah.mer..kau buat elok2 mer.ha..karang bakal tercipta lagu “Oii ..jangan berangan.. jangan perasan”..karang kua citer tu haha.. “
Paduan suara Azeva dan Merrah pasti akan memberikan impak untuk persembahan duet mereka pada hari Ahad ini. Ramai yang tidak sabar untuk melihat persembahan penuh Azeva dan Merrah. Semoga Azeva boleh menawan hati juri dan meraih tempat pertama minggu ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sooka Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti5 days ago” Love sangat Janam Janam versi Hussain ni. Ni la penghibur, semua dia tapau.. ” – Komen Netizen

