Artis / Selebriti
” Dengan driver melantun-lantun, penumpang tak behave, Wani sampai muntah, haha.. ” – Komen Netizen
Video lakonan Elly Mazlein, Bell Ngasri dan Wani Kayrie dalam sebuah bas buat ramai terhibur. Punya lah pro masing-masing jadi driver bas, sampai melompat habis penumpang. Siap ada yang bergayut dekat tiang. Lawak betul, haha..
Umum mengetahui bahawa Elly Mazlein merupakan salah seorang duta bagi kedai emas terkenal, Merchant9. Setiap kali Elly memuatnaik perkongsian bagi mempromosikan kedai emas tersebut, pasti ia berjaya menarik perhatian warganet. Ramai yang terhibur menonton telatahnya yang mencuit hati.
Terbaharu, meninjau di akaun Instagram Merchant9, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan lakonan Elly bersama Bell Ngasri dan Wani Kayrie. Video tersebut menampilkan konsep lakonan santai di dalam sebuah bas yang mencuri perhatian ramai sejak awal tontonan.
Menerusi video berkenaan, pada awalnya Bell dilihat berlakon sebagai pemandu bas, manakala Elly dan Wani pula memainkan watak sebagai penumpang. Aksi dan dialog spontan yang dipersembahkan membuatkan suasana video itu kelihatan hidup dan menghiburkan.

Selepas itu, giliran Elly pula mengambil alih peranan sebagai pemandu bas, sementara Bell bertukar menjadi penumpang. Telatah ketiga-tiga mereka ketika melakonkan babak di dalam bas itu sekali lagi berjaya mengundang tawa warganet, lebih-lebih lagi dengan gaya Elly dan Bell yang begitu hyper serta penuh energi.
Tonton perkongsian video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur selepas menonton video tersebut dan pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Boleh try naik bas ni kalau ada 9 nyawa, nampak hebat betul driver2 nya hahahaha.. Penat aku gelak tengok, haha.. “
” Yang tengok pun mabok ni haaa pemandu bas camni.. Kep0m dengan Bell memang masuk air betul, berdekah kita.. “
” Dengan dreba melantun lantun, penumpang tak behave, wani sampai muntohhh hahahaha.. Tak boleh blah betul aku tengok, hahahaha lawak2.. “
” Dia dah terlepassssss, bergayut2 tu haaa.. Bengong lah si Bell ni.. Haru biru jadinya bila dua orang ni bergabung.. “
” Ni lesen terbang no syatuu ni… Jpj tgk pening pala.. Nape la tak jumpa jpj time gini, hahahaa driver pro btul.. “
” Kami tengok drebar & penumpang mcm naik Roller Coster ya … Memanjang brek angin.. Sekali Wany pun terjebak yer, haha.. “
” Berdekak ku gelak. Mula la tu dtng gila nya. Adoiyaiii.. Hahahhahhaah same je smua bawak takde beza mengagau ke mana2.. “
Selain meluahkan rasa terhibur dengan video tersebut, ramai juga yang memuji keserasian Elly, Bell serta Wani dalam menjayakan promosi berkenaan. Apa-apa pun, perkongsian sebegini bukan sahaja menghiburkan, malah berjaya menarik perhatian ramai terhadap jenama Merchant9.

Silakan SHARE..
Sumber : IG kedai_emas_merchant9
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti2 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti1 day ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti1 day ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal

