Artis / Selebriti
” Dah macam pre-wedding, memang akan ada ending real ini.. ” – Komen Netizen
Video lakonan Fattah Amin dan Amira Othman untuk promosi produk Amber buat peminat teruja. Wah Abang Long nak bagi bunga untuk Kak Long ke tu. Romantik betul, dah macam video pre-wedding lah..
Hubungan antara pelakon Fattah dan Amira terus menjadi perhatian ramai. Sebelum ini mereka pernah bergandingan dalam beberapa kempen jenama terkenal dan kemesraan mereka sering mencetuskan spekulasi yang mengatakan mereka mempunyai hubungan istimewa.
Namun, hingga ke hari ini kedua-dua pihak menafikan hubungan mereka lebih daripada sekadar kawan dan memilih untuk tidak terlalu terbuka dalam berbicara mengenai soal hati. Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik yoursweet81, telah dikongsikan satu video terbaru Fattah dan Amira.
Menerusi video itu, Fattah dan Amira sedang mengayakan pakaian keluaran sebuah jenama bernama Amber. Video tersebut mencuri perhatian para peminat Fattah serta Amira. Usik para peminat, video itu sudah seperti video pre-wedding pasangan ini.

Bukan itu sahaja, komen warganet lagi, mereka tidak sabar untuk melihat Fattah dan Amira mendirikan rumahtangga kerana mereka dilihat sangat sepadan. Sehingga kini, video tersebut telah ditonton puluhan ribu tontonan serta menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@_fattmira
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh para peminat Fattah dan Amira. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Dah macam pre-wedding, memang akan ada ending real ini.. Serious hael n dayang kena nyanyi lagu ni masa wedding dorang nanti..dah kena sgt ni.. “
” Style European, gorgeous Kak Long.. Pre weeding ka ni, mcm cita barbie.. Aduhhh tak sabar lah nak tengok dorang ni kahwin.. “
” Takdir Allah kn sp sangka moga Allah jua mmpermudahkn sgl ursn mereka berdua.. Fuhh tak puas kita tengok, kejap sangat video ni.. “
” Ehh jap2, ni betul2 ke tipu2 ni, hehee macam dah makin bau nasi minyak je ni, hehe.. Doakan yang baik2 je lah yer.. “
” Dah macam pre wedding.. Nampak memang sepadan betul pasangan ni.. Sy doakan semoga pasangan ini disatukan satu harini nanti Aamiin.. “
” 2 in 1.. Pre wedding pun boleh kan kaklong n abanglong, hehe.. Nanti nikah ramai yg sponsor org baik ramai org sayang.. “
” Sweet beb video ni, kita yang tengok pun senyum sorang2.. Serius lah dah macam video pre wedding lah.. Fattah handsome sangat, Amira cantikkkk.. “
Memang menarik video promosi pakaian daripada Fattah dan Amira kali ini. Untuk pengetahuan, Fattah dan Amira antara selebriti yang dilantik menjadi duta jenama Amber. Selain mereka, turut menjadi duta jenama tersebut ialah Hael Husaini, Dayang Nurfaizah dan lain-lain lagi.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok yoursweet81, IG amber.officials
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen

