Artis / Selebriti
” Selepas viral baru nak tukar polis penyiasat, baru nak buat post mortem.. ” – YB Syed Saddiq
Video Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq lantang bersuara membidas kelewatan siasatan terhadap kes arwah Zara Qairina. Marahnya betul YB mengenai isu ni. Ramai yang bersetuju dan sokong kata-kata YB..
Kisah pelajar tingkatan satu, Zara Qairina yang dikatakan terjatuh dari tingkat 3 bagunan asrama sekolahnya kini menjadi perbualan hangat ramai dan memberikan kesan yang mendalam kepada masyarakat, terutamanya mengenai isu buli di sekolah.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Astro Awani, telah dikongsikan video yang memaparkan Ahli Parlimen Muar iaitu YB Syed Saddiq sedang membahaskan kelewatan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap kes Zara Qairina di dalam Dewan Rakyat.
Menerusi video itu, kedengaran YB Syed Saddiq lantang bersuara dan meminta pihak berkuasa berhenti dengan sikap tidak mengambil berat terhadap isu buli yang semakin berleluasa di negara ini. Kata YB Syed Saddiq dengan tegas, kes Zara ini mendapat perhatian setelah menjadi viral dan baru ada tindakan daripada pihak berkuasa.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang memberikan kata-kata sokongan kepada YB Syed Saddiq yang berani menyuarakan hal tersebut di Dewan Parlimen. Sehingga kini, video YB Syed Saddiq ini telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh YB Syed Saddiq tersebut. Antara komen-komen warganet adalah :
” Baru sekarang ni aku sokong ko YB. Semoga terus menjadi peminpin generasi baru.. Terus berjuang untuk anak2 kami.. “
” Terbaik YB Syedsaddiq satu2 nye YB yg cerdik pandai dan bersuara dgn fakta. Hidup YB SS.. Ini yang kami semua sokong.. “
” Betul… Sbbtu la skrg nj semua benda org akn post kt social media, sbb kalau tak viral mmg xda tindakan, dh viral br la bergerak.. “
” Nampak bila orang muda bersuara. Fresh.. Kita perlu ubah generasi masa kini.. Moga ada keadilan buat adik ZARA.. “
” Terbaiklah YB Syedsaddiq selagi tak kena keluarga sendiri bg orang2 politk n ada kuasa ad dorang kesah ke YB.. Hidup YB Syed Saddiq.. “
” YB ni la yang diorang nak kasi hilang. Sebab apa? Sebab dia tak takut, tak tunduk, tak boleh dibeli. Berani sound, lawan rasuah, bongkar semua salah.. “
” Dia ni layak JD PM.. Nampak dia buat keje..dlu aku xbape suka.. Sekarang baru nmpak wehh.. Ni baru betul MP.. Bukan merapu ja dlm dewan.. “
Semoga apa yang dikatakan oleh YB Syed Saddiq itu dapat menyedarkan semua orang betapa pentingnya isu buli ini dibanteras di sekolah. Semoga kes Zara ini akan mendapat keadilan sepenuhnya. Semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang dikasihi Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG 501awani, syedsaddiq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen

