Artis / Selebriti
” Dah confuse siapa yang melatah ini, penat ketawa.. ” – Komen Netizen
Video Elly Mazlein Mengusik Salah Seorang Peserta Kilauan Emas 2024, Kak Gie Yang Melatah Buat Ramai Terhibur. Tak Tahu Lah Kak Lina Ke Kak Gie Yang Melatah Ni, Dua-Dua Sama Naik. Berdekah Penonton Gelak, Haha !!
Meninjau ke akaun Instagram Elly Mazlein, perkongsian sebuah video yang memaaprkan Elly mengusik salah seorang peserta Kilauan Emas 2024 iaitu Kak Gie telah membuatkan ramai terhibur. Kak Gie merupakan seorang yang kuat melatah.
Elly selaku hos dalam program tersebut sempat mengusik Kak Gie ketika diumumkan sebagai salah seorang peserta yang berjaya ke peringkat seterusnya. Elly mengajak Kak Gie berjoget dengan membuat pelbagai gaya dan ia membuatkan ramai terhibur.
Apabila seseorang itu melatah, mereka selalunya tidak sedar akan kelakuan mereka. Nasib Kak Gie lah apabila bertemu dengan Elly yang gemar menyakat. Memang habis satu dewan tertawa dibuatnya. Kak Gie perlu bersiap sedia pula untuk usikan pada minggu hadapan.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 1 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Rancangan Kilauan Emas ini menampilkan sejumlah 12 orang peserta yang berlainan latar belakang dengan tagline ‘otai masih berbisa’.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat Elly mengusik Kak Gie. Antara komen-komen yang diberikan :
” Terhibur telatah Kepommm nyakat abg roy n kak gie Hahak tak baek kak rokiah buat kak gee cmtu .. Penat ketawa je.. adoiii.. “
” Enjoy gila show malam td.. sakit perut tgk keletah koramg berdua .. Wow..mlm td Rokiah memang terbaikkk..tgk tu siap usik kak gie lagi..Terkedur Kepom nengok.. “
” Jenuh mikir camne Kak Gie nak nyanyi minggu depan kalo ada effect neno neno sebelum dia nyanyi tuh.. Kak lina host yg paling best tahun ini, kelakar sgt2.. “
” Ayah sya pn latah…mmg letih tgk klau d usik2 lg.arwah nenek pn smo.. Mkup mmg meletop. Cntik k. Lina. Nmpk sengo org klate ckp.. “
” Haha part ni paling lawak dgn part masa tersyasul ‘juri aram’ minggu depan Rokiah Kepom Mega Show laa dikk terpelanting yg lain,jaga2 jgn sampai berbelit urat pinggang pitamm dikk .. “
” Hahahahahaha..dah konpius siapa yg latah ini! Penat member perform Seblm .. Kepomm mcm mana de byk energy shareeee laaa petuaaa.. “
” Menyalahhhhhhh kepom kuuu.. Kami nak mai dr Penang ni nak tgk ROKIAH next week tp tu la, nama Rokiah ni nama tok saya.. “
Apabila Elly menjadi pengacara, sememangnya tidak kering gusi penonton dibuatnya. Ada sahaja telatah Elly yang pandai menceriakan suasana. Pastinya ramai peminat Kilauan Emas tidak sabar untuk menantikan konsert seterusnya pada minggu hadapan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen

