Artis / Selebriti
” Dah 10 kali ulang dengar suara Sallman. Awak ada tone yang sangat sedap Sallman.. ” – Komen Netizen

Video anak kedua Ina Naim, Sallman El-Khoyri menyanyi lagu Suci Dalam Debu raih pujian ramai. Alahai sedapnya suara Sallman, gemersik sangat. Ramai yang cakap sama macam suara arwah Suhaimi Saad. Macam ada lenggok-lenggok nasyid, sebijik sangat..
Meninjau perkongsian di akaun Tiktok NizarWatie, telah dikongsikan sedutan video live Ina Naim. Ina ditemani oleh suaminya, Khairul Rizal dan mereka mempromosikan produk jualan mereka. Di samping berniaga, Ina juga menghiburkan semua dengan nyanyian daripada anak-anaknya, Sallman El-Khoyri dan Ehmad Hadie Elfardie.
Pada perkongsian terdahulu, Sallman ada mendendangkan lagu Rahsia Pohon Cemara dan nyanyiannya ini mendapat pujian warganet. Sallman sememangnya memiliki suara yang merdu dan lunak sama seperti suara arwah Suhaimi Saad. Ramai juga yang merasakan suara Sallman sangat iras dengan suara arwah ayahnya itu.
Menerusi video ini, Sallman menghiburkan semua dengan lagu daripada kumpulan Iklim pula berjudul Suci Dalam Debu. Sekali lagi nyanyian oleh Sallman ini memukau pendengar. Lenggok Sallman menyanyi lagu ini dikatakan sama seperti mendengar arwah Suhaimi yang menyanyi.
Masih jelas kedengaran lenggok nasyid dalam nyanyian Sallman itu. Ina turut memberikan sokongan untuk Sallman bersemangat menyanyi dengan berduet bersama anaknya ini. Namun sayangnya, sampai ke akhir lagu Sallman tetap tidak mahu wajahnya ditunjukkan kepada viewers.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@nizarwatie Replying to @harraznaufa31 MasyaAllah, Allahhuakbar. moga semua mangsa banjir di PPS Uitm Dungun dipermudahkan semua urusan Aamiin. fypシ゚ fypage inasuhaimi fypage fyppppppppppppppppppppppp tiktokmalaysia inanaim
♬ original sound – NizarWatie | Affiliate – NizarWatie | Affiliate
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bestlah.. kalau siaran stesen tv jemput mereka sekeluarga dalam program khas mereka. Mesti satu Malaysia ternanti nanti akan kemunculan mereka di kaca tv.. “
” Suara Sallman mcm ayahnya.. sedap suara Sallman ni.. dh 10X ulang dgr suara salman.. awak ada tone yg sgt sedap sallman.. “
” Persis suara SS.. Salman memang anak bapak.. dalam dirinya ada dia.. lenggok nasyid tu serupa betul macam SS.. “
” Amboiiii sayunya…. bolehlah nyanyi ganti ayah dia.. salman sedap suara macam arwah ss.. Ina macam terkesima. Macam dia sedang dengar suara Arwah.. “
” Allahuakbar… suara sallman sungguh sedap didengar sebijik macam arwah ayahnya.. mantap suara Sallman ni.. “
” Sedap suara sallman macam ayah dia, merdu dan lunak. minta Salman nyanyi lagu Kias Cinta By Ayahnya sndiri.. “
” Suara Sallman memang best dan lebih lunak merdunya. sedapnya dengar suara Sallman nyanyi, macam dengar SS pulak yang nyanyi.. “
” Walaupon penyanyi sorok muka.. tetap suara merdu.. Semoga menjadi anak soleh kepada Ibuayahnya.. AaminYRA.. “
Tak jemu semua mendengar suara Sallman menyanyi. Walaupun penyanyinya tidak kelihatan dalam video dan masih mahu menyorokkan mukanya, Sallman sudah berjaya mencuri banyak hati dengan nyanyiannya itu. Semoga suatu hari nanti, Sallman akan menjadi sehebat arwah Suhaimi Saad.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok NizarWatie, Youtube Channel Suhaimi Saad Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral4 days ago
” 23 hari, apa bau yang kita tidak dapat cium tapi kami tidak tercium apa bau pun.. ” – Imam
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Hebat ni betul-betul peguam Melayu asli untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.. ” – Komen Netizen
-
Viral2 days ago
” Mama dia masuk, mama dia sebut 1 perkataan yang buat saya sebak.. ” – Wakil Pengurusan Jenazah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ingat Amayan dah lawak, Cess lagi lawak rupanya. Bahasa baku pun ke laut dua beradik ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Jika laporan itu wujud, mengapa ia tidak dikemukakan kepada pihak keluarga dan pasukan peguam ? ” – Dato’ Zaharil
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Last-last anak-anak Bella sendiri yang bagi big hint. Menggelabah terus Didi, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Ya Allah, dia yang kehilangan anak tapi dia masih boleh bagi semangat.. ” – Ustazah Marhamah
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Anak nak fly jauh weh. Touching la kita tengok Faz packing. Siap kiss pulak tu.. ” – Komen Netizen