Artis / Selebriti
” Hebat Fattah, balik umrah terus turun padang dan buat amal.. ” – Komen Netizen
Video Fattah Amin sertai misi bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan selepas pulang dari mengerjakan Umrah raih pujian ramai. Balik Malaysia terus buat kerja amal dan berkongsi rezeki..
Negeri-negeri di Pantai Timur terutamanya Kelantan antara yang paling terkesan akibat banjir pada minggu yang lalu. Banjir kali ini gelombangnya dikatakan lebih besar dari tahun 2014 yang lalu dan banyak keluarga yang hilang tempat tinggal dan mengalami kerosakan harta benda.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Thefa_team, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fattah Amin menyertai misi bantuan banjir ke negeri Kelantan. Fattah menyantuni 200 buah keluarga mangsa banjir
di Kg Cherang Hanggus (Pasir Mas) dan Kg Bharu (Rantau Panjang).
Untuk rekod, Fattah baru sahaja kembali dari tanah suci dan tanpa rehat yang cukup terus menyertai misi bantuan ini. Tindakan Fattah ini mendapat pujian daripada warganet. Kebanyakannya jika pulang dari umrah pasti ramai yang dilanda demam kerana perubahan cuaca tetapi alhamdulillah Fattah kelihatan sihat dan bertenaga.

Fattah membantu petugas mengagihkan bantuan asas yang telah pun dibungkus kepada penduduk kampung. Selain bantuan makanan, Fattah turut memberikan sumbangan wang ringgit kepada keluarga mangsa banjir. Alhamdulillah Allah menghadirkan Fattah sebagai pengantara dan berkongsi rezeki untuk mereka selepas dilanda musibah.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kuatnya Fattah. Balik umrah terus buat keje amal bantu mangsa bnjir.. Alhamdulillah. Aku balik umrah pengsan seminggu batuk demam.. “
” Alhamdulillah Syukur sangat terima Kasih BamTah bantu hulurkan bantuan ke mangsa mangsa banjir.. “
” Alhamdulillah.. MasyaAllah Balik dari umrah terus buat kerja amal bantu mngsa banjir.. Terbaik Fattah Dan team.. Semoga diberikan kesihatan yg baik Dan bertambah2 lg rezekinya.. “
” Alhmdulillah balik Umrah.. terus dtg bntu mangsa bnjir.. Dah mcm YB si Fattah.. apa pun Alhamdulillah Fattah n team.. “
” Alhamdulillah … penat blm hilang lagi terus buat kebajikan …. Semoga dipermudahkan segala urusan fattahaminz dan semua yg trlibat.. “
” Masya Allah..hebat Fattah. blk umrah trs turun padang dan buat amal.. semoga Allah permudahkan semua urusan Fattah.. goodboy Fattah.. “
” MasyaAllah.. Baru balik dr mengerjakan umrah, dah berbakti pulak di sini.. alhamdulillah.. terima kasih orang baik kerana meringankan beban.. “
Alhamdulillah Fattah berkongsi rezeki dengan insan-insan yang memerlukan. Walaupun belum hilang penat kerana perjalanan pulang dari umrah, Fattah tetap melaksanakan tanggungjawabnya. Semoga Allah kurniakan Fattah rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang baik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Thefa_team
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti5 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen

