Artis / Selebriti
” Bell nampak macam adik je sebab anak-anak lagi tinggi. Macam Bell je yang bongsu, hehe.. ” – Komen Netizen
Muatnaik gambar meraikan hari lahir isteri dan anaknya, Farhana dan Nasfazira, perkongsian Bell Ngasri raih perhatian warganet. Wah jarang-jarang Bell nak kongsi gambar isteri dan anak-anak. Dah besar anak Bell, ada yang dah lebih tinggi daripada Bell..
Penerima anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 35, Bell Ngasri mempunyai ramai peminatnya yang tersendiri. Bell yang terkenal dengan karakternya yang kelakar itu sering menghiburkan hati ramai wargamaya dengan telatahnya yang lawak dan mencuit hati.
Meninjau entry di akaun Instagram Bell Ngasri, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Bell bersama isterinya, Farhana dan anak-anak mereka, Nasfazril, Nasfarisya dan Nasfazira. Mereka bersama-sama meraikan ulangtahun kelahiran Farhana dan Nasfazira.
Tulis Bell di ruangan kapsyennya itu memberitahu bulan Disember adalah bulan kelahiran isteri dan anaknya. Lebih istimewa kerana tarikh lahir Farhana dan Nasfazira sama. Seloroh Bell, itu lah yang dilaluinya saban tahun setiap kali tiba bulan Disember.

Tidak hanya dalam percakapan, menerusi penulisan juga Bell sempat berjenaka. Tambah Bell lagi, gambar ini bukan sedang shooting walaupun Bell masih memakai pakaian shooting. Melihat gambar Bell sekeluarga, warganet mengatakan seperti abang dan kakak bersama adik-adik sahaja. Awet muda sungguh Bell dan Farhana ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Happy birthday anak dan isteri Bell.. Anak bell mewarisi lawak Bell tak haha. lawak x dpt diwarisi. Dari seorang ayah yang kelakar….. Heppp jgn nyanyi.. “
” Siapa yang bongsu ni. Macam bell je yang bongsu. anak-anak semua dah meninggi, ayahnya maintain begitu hehe.. “
” Bang bell telan kolagen berapa botol ye sehari? aduhh tak makan tua betul muka tuuuu.. anak ayah nampak macam abang dengan adik je.. “
” Happy birthday to both of them! May Allah bless your family always grant all your wishes and Dua’s.. “
” So sweet.. happy birthday semua.. comel je happy family ni.. Apasal si bell ni, walau pun dah tua, tapi nampak mcm budak2 ler.. macam mana tu.. “
” Bell dan wife maintain je.. maintain awet muda.. happy family, seronok tengok. Bell macam dengan adik beradik je, sama muda semua.. “
” Ini ayah dengan anak ke abang dengan adik-adik. Bell nampak macam adik je sebab anak-anak lagi tinggi.. “
Sudah besar anak lelaki Bell dan telah mengatasi ketinggian ayahnya. Bell pula memang baby face dan tak begitu dimamah usia wajahnya. Apa-apa kami di Berita Kopak mengucapkan selamat hari lahir buat isteri dan anak bongsu Bell. Semoga dimurahkan rezeki selalu dan dimakbulkan segala impian.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bell Ngasri, IG Natasya Farhana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Elly pregnant ke ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masya Allah, cantiknya Kak Pila. Tergugat anak dara ni, hampir tak cam tadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hari ini mummy tidak kehilangan seorang anak, tetapi mummy.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya hubby Kak Fila ni. Manis je muka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ada perkara yang kita tidak boleh jangka kan, jadi saya.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jangan cuba-cuba nak berhenti sekarang. Kalau berhenti, saya report polis, haha.. ” – Abby Abadi

