Artis / Selebriti
” Daddy, i dah lah comot. Eii, tak baik tau.. ‘- Watie Hanifiah
Video Shuib Sepahtu sekeluarga membuat kejutan sempena hari lahir Watie Hanifiah curi perhatian warganet. Wah menjadi betul surprise Shuib kali ni. Terkedu Watie dibuatnya, dah lah pakai baju kelawar je, hehe..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Shuib membuat kejutan hari lahir untuk isteri tersayang, Watie Hanifiah. Acara ini tidak hanya disertai oleh anak-anak sahaja, tetapi Shuib mengumpulkan keluarga besar mereka dan kawan-kawan rapat Watie untuk meraikannya.
Kejutan ini langsung tidak dapat dihidu oleh Watie kerana ianya dirancang dengan teliti oleh Shuib. Tulis Shuib di ruang kapsyen, dia tidak mempunyai hadiah istimewa yang mahal untuk diberikan kepada Watie. Namun hanya ini yang dapat Shuib hadiahkan untuk Watie.
Kegembiraan apabila diraikan oleh insan-insan penting dalam hidup lebih bermakna dan mahal untuk Watie. Kasih sayang antara mereka jelas terpancar. Watie sendiri ada berkongsikan coretannya di Instagram Watie Hanifiah yang menyatakan rasa terujanya itu.

Walaupun kata Watie dirinya comot kerana tidak bersiap, hanya berbaju kelawar dan berselipar, ini pasti menjadi moment indah yang akan selalu dikenang sampai bila-bila. Tambah Watie, nasib baik lah ketika itu perutnya terasa cramp, jika tidak pasti sudah Watie melompat kegembiraan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Watie ni pndai bwk dri.hormat smua. suka tgok cara dia. xde nk cover2 cun ke ape. dia jdi diri dia sdiri.. brtuah anak2 shuib and arwah sarah dpt ibu mcm dia.. “
” Seorg suami yang tahu menghargai wanita,isteri,ibu kepada Anak2 nya.. rare lelaki macam nie.. Bgs watie ni,dia jd diri sndr& nmpk dia ikhlas dgn ank² areah sarah.. “
” Alaaa love. Suka tengok family shuib dari arwah isteri sampai watie. Sangat family man. Bonding antara family sangat rapat. Happy birthday watie! Moga dipermudah segala urusan.. “
” Family shuib ni asyik buat sy nanges tapi this time sambil senyum. MashaAllah tabarakAllah.. Ini lah hadiah paling mahal untuk seorang isteri, seronok bila dpt jumpa satu keluarga. Love this family, happy birthday Watie.. “
” Insan berhati mulia, tq segalanya kak watie.. watie is so so humble.. Shuib satu je nak ckp, terima kasih xpenah gagal utk hargai dua² isteri.. “
” Ni baru real kejutan, bukan yang siap siap mekap tebal.. kenangan ni yg best ni. sbb comot mcm yg mmy ckp hehe.. comel je watie pakai crocs dan baju kelawar tu.. “
” Suka tgk mcm mn abg shuib ni.wpun dh ada keluarga baru ,fam arwah kak siti sarah pun dia tak lupa.btw happy birthday mommy,semoga dipermudahkan urisan bersalin dan berpantang.. “
Keluarga adalah segalanya dan dengan adanya keluarga, hidup lebih terasa bahagianya. Kami di Berita Kopak juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari lahir Watie. Semoga segala urusan Watie untuk bersalin nanti dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu, IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah

