Artis / Selebriti
” Cukuplah Kak Long je gagal dalam perkahwinan.. ” – Bella Astillah

Video Ucapan Bella Astillah Buat Kekasih Adiknya, Didi Astillah Menyentuh Hati Ramai. Sedih Sungguh Dengar Kata-Kata Bella Untuk Diniey. Part Bella Sapu Air Mata, Lagi Bertambah Sayu !!
Umum mengetahui betapa akrabnya Bella Astillah dan adiknya, Didi Astillah. Sejak dari mereka masih kecil lagi banyak benda yang dilakukan bersama sehingga sekarang. Didi juga seorang adik yang baik dan setia di belakang kak longnya ini walau apa jua yang berlaku.
Meninjau akaun Tiktok Didi Astillah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Bella sekeluarga menyambut hari lahir kekasih Didi bernama Diniey Ng. Masing-masing memberikan ucapan untuk Diniey dan ucapan Bella membuatkan ramai yang sayu.
Kata Bella, dia bersyukur kerana Didi ditemukan dengan seorang lelaki yang penyabar seperti Diniey kerana Didi seorang yang panas baran. Bella mengharapkan kesabaran Diniey itu tidak hanya sebelum berkahwin dan akan kekal sampai bila-bila.
Bella pernah melalui kegagalan dalam perkahwinan dan dia tidak mahu Didi melalui benda sama. Satu pesanan Bella kepada Diniey iaitu tidak perlu menjadi lelaki kaya, cukup setia dan hormat keluarga mereka. Dapat dilihat Bella adalah seorang kak long yang penyayang terhadap adik-adiknya.
Jom tonton video di bawah :
@didi_angel_astillah Ucapan hari jadi from my Kaklong to my Diniey.. ❤️ Full Video on @Diniey Ng 🥲
♬ original sound – Didi Angel Astillah – Didi Angel Astillah
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Cukuplah kak long je gagal dalam perkahwinan, ayat ni buat aku nangis. sayangnya bella pada adiknya dan tak nak didi lalui apa yang dia pernah rasa.. ”
” Jangan sebelum kawen jela huhu.. alaaaaa sedih nye ayat ni. mesti bella sedih klu didie kwen sb satu2 adik yg rpt dgn dia.. ”
” Sedih nyaa waaa nangis dengar.. untung Didi .. semoga Didi kekal dengan pasangan ke akhir hayat.. ”
” Sedih betul ucapan bella tu.. harapan seorang kakak buat adiknya yang menyentuh hati.. bella nak yang terbaik untuk didi.. ”
” Allahu sebaknya tu sampai ke sini.. sedih betul ucapan bella ni. dengan kita sekali rasa nak nangis.. ”
” Sumpah sebak weyy, yg tgh alami mcm bella lanie hampa sesungguhnya ibu n wanita yg hebat.. apala yg Allah nk bg rezeki tak sangka kt hampa nt.. pasti ada noh.. ”
” Setia tu mahal dan tak semua orang boleh buat.. Airmataku jatuh lagi Pagi-pagi dah habih tisu.. hati seorang kakak dan kasih sayang.. ”
Besar dan tinggi harapan Bella untuk kekasih Didi dan semuanya demi kebahagiaan adik kesayangannya. Semoga segala kelukaan dan kesedihan di hati Bella akan terubat pada suatu hari nanti. Pelangi pasti muncul sesudah hujan dan ketika itu Bella akan tersenyum bahagia.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Didi Angel Astillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen