Connect with us

Artis / Selebriti

” Berdekah aku dengar dia nyanyi. Awal-awal cakap nak nyanyi sikit ja, sekali sampai habis dia nyanyi, haha.. ” – Netizen

Video Kasih Iris Leona Cuba Membuat Asoka Makeup Trend Buat Ramai Terhibur. Leona Sendiri Pun Terkejut Tengok Muka Dia. Part Leona Menyanyi Tu Pun Kelakar. Random Betul Lah Leona Ni. Macam Tu Je Dia Nyanyi, Haha !!

Sebut sahaja nama Kasih Iris Leona, pasti ramai yang mengenali gadis yang cukup sinonim dengan perwatakannya yang bersahaja dan kelakar. Sebelum ini tular video Leona menyanyi lagu Ketipak Ketipung Raya dengan menukar perkataan ‘sayang’ menjadi ‘bawang’.

Terbaru, meninjau di akaun TikTok Leona, telah dikongsikan video yang memaparkan Leona juga turut membuat video Asoka Makeup Trend tetapi menggunakan filter yang sedia ada pada aplikasi TikTok. Pada awal video, Leona mengatakan mahu menyanyi sedikit sahaja.

Rupa-rupanyanya Leona sendiri menyanyi lagu Asoka tersebut sehingga selesai video direkodkan. Perkongsian video itu sekali lagi mengundang tawa warganet. Ramai yang terhibur mendengar nyanyian Leona yang bersahaja dan selamba itu.

Ada yang mengatakan Leona sekarang makin kelakar dan berseloroh Leona mampu membuat trend tersebut dengan pantas tidak seperti selebriti lain yang mengambil masa berhari-hari untuk menyiapkan klip video Asoka Makeup Trend ini. Sehingga kini, video Leona menyanyi lagu Asoka menerima ribuan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.

Tonton video di bawah ini :

@leonathe2nd

♬ original sound – le yoooooooo na – le yoooooooo na

Di ruangan komen pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur dengan telatah Leona. Antara komen-komen menarik adalah :

” Berdekah aku dengar dia nyanyi. Awal-awal cakap nak nyanyi sikit ja, sekali sampai habis dia nyanyi, haha.. Makin kelakar Leona sekarang.. “

” Baru nak cakap mcm Damian, tapi bkk comment semua da mewakili.. Orang lain buat trend ni berejam, dia seminit ja.. “

” Random betul lah kau Leona, makin hari makin kelakar.. Boleh pula dia nyanyi sendiri, kalau betul tak apa juga, lirik salah lagi, haha.. “

” Asal aku dengar sama ja yang dia sebut tu, hahaha.. Tak apa lah Leona, awak tak payah susah2 nak nyanyi, murung kami dengar, haha.. “

” Buat hal lah, dia yang buat dia pula terkejot tengok muka dia, hahahaha.. Duduk diam2 lah Leona, naik pening tengok.. “

” Ni bukan nyanyi sikit dah Leona , ni full sampai habis awak nyanyi.. Saya pun tadi nak tengok sekejap juga, sekali tengok sampai habis, waaaa… “

” Pest time tgk trend ni orgnya terkejut tgk muka sendiri, hahahaha.. Baru tahu Leona sebenarnya kelakar orangnya.. “

Part Leona terkejot melihat mukanya sendiri mencuit hati ramai. Betul lah apa yang dikatakan oleh warganet, makin hari makin kelakar Leona ini. Difahamkan sekarang Leona telah pulang bercuti di Malaysia dan sudah beberapa hari berada di sini meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok leonathe2nd

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT