Artis / Selebriti
” Nampak je gila-gila perangai masuk air, tapi pemikiran dia memang sangat matang.. ” – Komen Netizen

Video Jawapan Kasih Iris Leona Apabila Ditanya Mengenai Cita-Citanya Buat Ramai Terkejut. Wah Serius Lah Leona Punya Cita-Cita Tu, Memang Tak Sangka. Jarang Perempuan Sekarang Ada Cita-Cita Macam Tu. Matang Sungguh Leona Ni !!
Kasih Iris Leona yang merupakan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman ini pada mulanya menjadi perhatian warganet apabila tular videonya sedang menyanyi lagu raya dengan lirik yang salah. Selepas pada peristiwa itu, ada sahaja video yang dimuatnaik oleh Leona mencuit hati ramai.
Meninjau di akaun Instagram milik Astro Gempak, dikongsikan video temubual bersama Leona. Menerusi video tersebut, pengacara rancangan iaitu pelakon Awal Ashaari dan seorang lagi pengacara wanita telah bertanya mengenai cita-cita Leona selepas selesai pengajian.
Dengan wajah yang tenang, Leona berkata yang dia ingin menjadi seorang suri rumah selepas berumahtangga. Akui Leona lagi, dia mahu menjadi seorang ibu seperti ibunya. Pengakuan Leona ini sekali lagi telah menarik perhatian warganet. Ada yang memuji sikap matang Leona yang mahu menjadi seorang suri rumah.
Bukan itu sahaja, warganet juga menyukai cara Leona menjadikan ibu sebagai inspirasi hidupnya. Sehingga kini, video temubual Leona itu menerima ribuan tanda suka dan puluhan komen sejak ia dimuantaik ke akaun Instagram. Pengacara juga terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Leona.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka memuji kenyataan yang diberikan oleh Leona. Antara komen-komen menarik yang dapat kami kongsikan adalah :
” Comelnya cita-cita Leona, terbaik lah jadikan ibunya sebagai inspirasi.. Her mom da buat yg terbaik utk Leona smpi Lona nk jadi hebat mcm mama dia… hebat mama Leona.. “
” Betul laa to be housewife pun kena educated so nak jadi ibu dan teacher kpd anak2 nanti, dlm islam ilmu tu penting bagi melahirkan anak2 yg genius dan berakhlak mulia, korang tak payah bitter sgt dia tak nak kerja or what… Hasrat dia sgt mulia.. “
” Akk tase dia nak jadi hsewife sebb dia dh tau pasif income dia brape, n dorg ni takdenye duduk saje2.. Indirectly her meaning xnak keje under org lain kot, as employee ke.. “
” Bagus Leona ni.. Antara influencer yg bijak. Semua pakej Ada.. Biasa semua ankdara Ada impian masing2 kn… TP Leona nk JD mak… Memg tbaik dia ni.. “
” Beb nampak je gil42 perangai masuk air, tapi pemikiran dia memang sangat matang.. Jarang anak2 sekarang nk jadi suri rumah.. Semua nk mengejar cita2.. “
” Suri rumah yang berjaya.. Menarik dan sangat matang cara Leona cakap.. Bagus Leona kahwin, kurang2 dia nak elak maksiat.. “
” Kesimpulannya, dia nak hidup tenang dgn rumahtangga yg d bina. Harap dia jumpa mr nice guy yg appreciate dia.. Suka betul aku tengok dia.. “
Kagum dengan cita-cita Leona, jarang-jarang wanita sekarang mahu menggalas ‘jawatan’ seorang suri rumah sepenuh masa. Namun begitu, anak perempuan Azhar Sulaiman ini bukan calang-calang orangnya kerana Leona mendapat pendidikan di Universiti luar negara dan juga seorang influencer yang mempunyai ramai pengikut.
Silakan SHARE..
Sumber : IG astrogempak, kasihirisleona
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Jujur sangat doa tu Amayan. Tak boleh bayangkan kalau Dato’ Vida jadi mak mertua, haha.. ” – Komen Netizen