Artis / Selebriti
” Senyum seorang diri aku tengok. Laju cium tu, sesaat je zap zap siap, hehe.. ” – Komen Netizen
Video Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja Puteri Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Bersama FD Idzham FD Iskandar. Part Sarung Cincin Tu Buat Ramai Yang Blushing. Terkejar-Kejar Cameraman Kali Ni, Haha !!
Sebagaimana yang diwar-warkan, puteri Sultan Abdullah iaitu Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pasangannya FD Idzham FD Iskandar akan bernikah pada malam ini. Majlis akad nikah telah pun berlangsung beberapa minit yang lalu di Istana Abdulaziz.
Menerusi akaun Instagram dan Tiktok Oh Bulan, telah dimuatnaik video-video yang memaparkan suasana ketika majlis akad nikah dan majlis sarung cincin. Hanya dengan sekali lafaz sahaja, FD Idzham menyempurnakan lafaz akadnya. Kedua mempelai tampil anggun dalam persalinan berwarna putih.
Busana yang simple tetapi anggun rekaannya istimewa untuk Tuan Puteri. Pandangan mata tetamu terarah kepada kedua mempelai ketika majlis sarung cincin dijalankan. Kedua-duanya kelihatan malu-malu dan tersenyum memandang satu sama lain.

Telatah FD Idzham yang laju menyarung cincin dan mengucup dahi Tengku Puteri Afzan mencuit hati para tetamu yang hadir. Ramai mata yang memandang mereka berdua di atas pelamin, jadi tidak hairan lah semuanya dilakukan dengan pantas. Pemalu sungguh rupa-rupanya pasangan pengantin diraja ini.
Jom tonton video di bawah :
@ohbulanofficial Replying to @Nams Cantiknya Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah 😍🤍 sumber dan ihsan: RTM #ohbulan #trendingnewsmalaysia #majlis #istiadat #perkahwinandirajapahang #TengkuPuteriAfzanAminahHafidzatullah
@ohbulanofficial Replying to @Siti Nor Kamila Sams Alahai sweetnya kedua mempelai diraja ni. Tahniah sekali lagi diucapkan 🤍 Video sumber dan ihsan: RTM #ohbulan #trendingnewsmalaysia #majlis #istiadat #perkahwinandirajapahang #sarungcincin
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tahniah Tengku Puteri Afzan.. Alhamdulillah, semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. Aamin Ya Rabbal Alamin.. ”
” Alhamdulillah tahniah dan selamat pengantin baru Tengku Puteri. Aaa comelnya adik jadi pengapit.. ”
” Selamat pengantin baru Tengku Puteri dan FD Idzham. Semoga berbahagia hingga ke Jannah.. sepadan bagai pinang dibelah dua.. ”
” Tahniah Alhamdulillah selamat pengantin baru Tengku Puteri Afzan dan Idzham.. Semoga kekal hingga ke syurga.. ”
” Senaskah Al-Quran, terbaik lah.. Alhamdulillah semoga sakinah mawaddah warahmah dan bahagia selalu.. bestnya yang dapat tengok live.. ”
” Eii comel je dua-dua nampak malu-malu.. laju betul cium mesti segan ramai mata memandang haha.. ”
” Kenapa aku yang sengih, sweetnya kedua-dua mempelai ni.. comel je malu-malu, laju cium tu hehhe.. ku afzan so cantik plus malu-malu.. ”
” Cameraman kena laju g1la la sebab pengantin diraja laju dan malu-malu.. senyum sorang-sorang aku tengok.. sesaat je zap zap siap.. ”
Akhirnya sah Tengku Puteri Afzan dan FD Idzham sebagai pasangan suami isteri. Majlis perkahwinan diraja ini bakal berlangsung selama 3 hari mengikut istiadat diraja. Apa-apa pun, tahniah daripada kami di Berita Kopak untuk kedua mempelai dan semoga ikatan ini berkekalan sehingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Kosmo Online, Tiktok Ohbulan, IG Story Tengku Hassanal
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti3 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim

