Artis / Selebriti
” Memang sedih dan sebak saat nak melepaskan anak gadis lebih lagi anak perempuan pertama.. ” – Komen Netizen

Video Saat Tunku Hajjah Azizah Maimunah Merasa Sebak Apabila Menyaksikan Majlis Pernikahan Anakandanya, Tengku Puteri Afzan Turut Menyentuh Hati Ramai. Tengku Puteri Afzan Juga Turut Mengalir Air Mata !!
Meninjau ke satu akaun Tiktok, perkongsian sebuah video yang memaparkan majlis perkahwinan anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Afzan yang berlangsung semalam telah meraih perhatian ramai orang. Video ini merakamkan momen indah antara seorang ibu dan anak perempuan.
Tunku Hajjah Azizah Maimunah yang menyaksikan majlis pernikahan anakanda perempuan sulungnya telah merasa sedih dan sebak. Begitulah perasaan seorang ibu apabila melihat anak perempuan mendirikan rumahtangga dan melepaskan anak pergi bersama suami tersayang.
Tunku Hajjah Azizah tidak dapat menahan sebak, begitu juga buat Tengku Puteri Afzan yang turut mengalirkan air mata. Tunku Hajjah Azizah kemudiannya datang ke pelamin dan memeluk Tengku Puteri Afzan. Momen ini sangat menyentuh hati.
Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ia merupakan air mata gembira kerana kini telah berubahnya status Tengku Puteri Afzan sebagai seorang isteri dan juga kehidupannya.
Jom tonton video di bawah :
@cornflakesgirlz 22 Ogos 2024 | Mother Daughter moment ♥️ Istiadat Perkahwinan Diraja Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan FD Idzham 🤍🤍🤍🤍 #perkahwinandiraja #royalweddingpahang #perkahwinandirajapahang #tengkuputeriafzan
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Ada yang turut merasa sebak. Antara komen-komen yang diberikan :
” Me too cry tengok TPA dengan Tengku Afzan nangis terharu sangat2. not me cry bcs tengku Afzan dgn TPA peluk sambil gosok2 belakang.. “
” Pelukan Tengku Ampuan Pahang terasa sampai ke sini ..terasa mcm dipeluk jugak..maklumlah mak dah xde..dah berbelas tahun dah.. “
” TAP nak dapatkan anak perempuan punyalah susah, bila first yang kahwin tu anak perempuan pertama n bukan abang2 nya sebak betul huaa nerves pulak nak kahwin.. “
” Mmg sedih n sebak saat nk melepaskn anak gadis lbh2 lg anak perempuan pertama, sy dah lalui moment gini, hanya Allah yg tau.. “
” Ya Allah sebaknya terbayang diri sendiri akan melepaskan anak perempuan ku satu hari nanti .. Lagu tuhhh….main peranan betol. Berderai airmata sama… “
” Turut merasa terharu melihat Tengku Ampuan Pahang & Tengku Afzan berpelukkan. Selamat Pengantin Baru Tengku Afzan, Moga bahagia hingga ke Jannah.. “
” Kasih sayang seorang ibu .bila anak2x dah mula berkahwin..sedeh.bercampur gembira.hanya Allah saja yg.tahu hati ku.. Aamiinnn2x.. tq Allah.. “
Tengku Puteri Afzan mendirikan rumahtangga bersama FD Idzham dan majlis berlangsung dengan begitu lancar semalam. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada pasangan ini, semoga bahtera perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga ke syurga.Amin.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Cornflakesgirlz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti12 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar