Artis / Selebriti
” Dah agak air tangan Reka Teemor. Sangat eksklusif dulang hantaran tu.. ” – Komen Netizen
Video Close Up Dulang Hantaran Perkahwinan Diraja, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Afzan Raih Pujian Ramai. Wah Sentuhan Tangan Reka Teemor Rupanya. Lagi Istimewa, Dulang Itu Hasil Rekaan Tuanku Azizah Maimunah Sendiri. Siap Ada ‘Emblem’ Nama Pengantin !!
Semalam tanggal 22 Ogos telah berlangsungnya majlis Istiadat Perkahwinan Diraja Puteri Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah bersama FD Idzham FD Iskandar. Hanya dengan sekali lafaz, pasangan diraja ini sah sebagai suami isteri.
Banyak yang menjadi perbualan warganet antaranya busana pengantin dan dulang hantaran. Menerusi perkongsian di Instagram Reka Teemor, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika barang-barang hantaran dibawa masuk ke istana.
Rupa-rupanya di sebalik keindahan barang hantaran perkahwinan diraja ini, Reka Teemor lah yang menjadi penggubahnya. Tanggungjawab yang diberikan oleh Tuanku Azizah Maimunah dilaksanakan dengan sebaiknya oleh team Reka Teemor.

Coret Reka Teemor di ruangan kapsyen, dulang hantaran itu memperlihatkan kehalusan seni ukiran perak tepak sireh ciptaan Tunku Azizah Aminah Maimunah sendiri. Aura kemelayuan moden menjadi inspirasi dan ianya turut dilengkapi dengan emblem nama Tengku Afzan dan FD Idzham.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dah agak dah semalam bila tengok dulang hantaran.. Tentu sentuhan magic Rekateemor.. tahniah menjadi pilihan.. ”
” Macam dah agak air tangan Rekateemor… gaya gubahan dan dulang pernah tengok kat IG… warna putih… CANTIK.. ”
” Cantik hantaran dan gubahan hantaran.. Sangat eksklusif dulang hantaran . Puteri Afzan sangat classy orangnya.. Alhamdulillah tahniah tuanku Pahang menerima menantu.. ”
” Cantiknya bunga.. congrats Rekateemor Kak zana dan Abang Faiz.. cantik2 hasil tangan moga rezeki barakah dan berjaya dunia akhirat.. ”
” Selayaknya, memang gorgeous sentuhan Rekateemor.. cantik dan elegant betul. kreatif dan cukup berseni.. tahniah.. ”
” Cantiknya memang hebat.. malam tadi dah tertanya-tanya siapa lah yang buat gubahan hantaran ni.. ”
” Cantiknya gubahannya, rezeki tu dapat buat untuk perkahwinan diraja. No doubt kalau majlis tu rekateemor yang arrange. Confirm bombastic.. ”
Kemas dan terperinci gubahan yang dihasilkan oleh Reka Teemor ini, sesuai dengan majlis perkahwinan diraja. Tentu ramai yang akan menjadikan dulang gubahan ini sebagai inspirasi untuk majlis mereka. Apa-apa pun, tahniah Reka Teemor dan semoga terus maju jaya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Reka Teemor
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kemain gelak dia tu, gelak jahat. Anak dengan bapak sekepala, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kita dengar pun dah mengalir air mata, macam mana lah perasaan Shuib kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Isu tidak datang ke majlis perkahwinan beliau itu adalah bukan isu yang.. “- Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti6 days ago” You seorang je ke autism ? ” – Ubai
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lawak random pulak Dida, spontan. Berdekah tengok mulut DSV kena sepit macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Amboi, awak jangan bikin panas eh. Masa tu tengah suka siapa.. ” – Awal Ashaari
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tone suara Uwais rare, takde sama dengan mana-mana penyanyi.. ” – Komen Netizen

