Artis / Selebriti
” Kembar Leona lagi fasih cakap Melayu.. ” – Komen Netizen
Video Kasih Iris Leona Dan Kembarnya, Andika Rees Pahamin Bercakap Dalam Bahasa Melayu Raih Perhatian Ramai. Eh Beza Betul Slang Leona Dan Kembarnya. Rupa-Rupanya Rees Lebih Fasih Berbahasa Melayu, Dah Lah Handsome Orangnya !!
Sejak akhir-akhir ini, nama Kasih Iris Leona semakin popular. Walaupun Leona sudah lama bergelar sebagai seorang pempengaruh, namun popularitinya semakin meningkat beberapa minggu lalu. Leona mula menerima pelbagai jemputan di radio dan juga TV.
Selain wajahnya yang cantik dan comel, slang bahasa Melayu Leona turut mencuri perhatian. Ramai yang menyatakan Leona cukup comel apabila bercakap bahasa Melayu walaupun agak pelat. Antara video yang mencuri perhatian ramai ialah video Leona bersama pasangan kembarnya.
Untuk rekod, Leona mempunyai seorang kembar lelaki bernama Andika Rees Pahamin. Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan Leona mengusik Rees yang dilihat seorang yang pemalu dan sangat berbeza sikapnya dengan Leona yang lincah.

Apabila Rees bersuara, ramai yang memuji kefasihan Rees berbahasa Melayu kerana tidak mempunyai slang seperti Leona. Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
@leonathe2nd
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila melihat gelagat pasangan kembar ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Ngtkn bf leona td..rupenye kembar leona… emsemncm azhar sulaiman la.. kembar leona ni muka mcm yonghwa oppa sekali imbas.. “
” I think your brother lagi pandai ckp melayu.. aku baru tahu rees tu kembar dia.mcm muka azhar waktu muda.. kembar dia ckp melayu mcm biasa je.. “
” Hansem mcm azhar sulaiman muda2. mungkin kembar dia ramai kawan melayu, biasa budak2 lelaki ramai kawan.. “
” Kalau aku jadi leona aku terjatuh cinta dgn abang sendiri doe. Weeiii so ncem aaa your twin leona ..like father like son.. “
” Muka sebijik Azhar Sulaiman masa cite ape ntah dulu yg dia mat motor tu.. kembar dia lagi fasih cakap melayu lah dari leona.. “
” Rees shy shy cat. leona ni bila selalu cakap melayu lepas dah makin fasih dah.. comel lah leona dan kembarnya.. sorg muka mak sorg muka bapa.. “
” Leona ni mmg suka usik kembar dia ye.. mentang mentang rees malu malu. apa pun handsome sangat kembar u leona.. “
Nampaknya pasangan kembar Leona juga menjadi perhatian ramai juga kerana wajahnya yang handsome. Ramai menyatakan wajah Rees sangat seiras dengan bapanya ketika muda iaitu Azhar Sulaiman. Sememangnya pasangan kembar ini cantik dan handsome seperti ibu bapa mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Lee yoo na
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedih lah tengok moment macam ni. Nampak je daddy dia, terus lari mintak dukung.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ok kitorang bagitahu lah, untuk anak ketiga ni adalah anak.. ” – Amar Baharin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ish geram betul budak comel ni, makin banyak mulut sekarang.. ” – Komen Netizen

