Artis / Selebriti
” Syukur Alhamdulillah, wife saya selamat melahirkan anak ke empat kami.. ” – Izham Tarmizi
Izham Tarmizi Kongsi Berita Gembira Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Keempat Raih Perhatian Warganet. Wah Dapat Baby Lagi Lah. Tahniah Mia Dan Izham !!
Mia Ahmad antara nama pelakon wanita yang pernah menghiasi dunia lakonan suatu masa dahulu. Selepas mendirikan rumahtangga bersama pemain bola sepak, Izham Tarmizi, Mia memutuskan untuk memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga.
Untuk makluman semua, pasangan ini telah pun dikurniakan dengan 3 orang cahayamata iaitu Issa, Iris dan Imaani. Bagi yang mengikuti perkembangan Mia pastinya mengetahuj yang Mia sedang hamil cahayamata ke 4 sebelum ini. Mia jua ada memberitahu di akaun Instagramnya yang dia sedang menanti hari untuk bersalin.
Meninjau entry terbaru Izham di Instagramnya, telah dikongsikan satu berita gembira mengenai Mia dan anak ke 4 mereka itu. Mia selamat bersalin pada semalam, tanggal 21 Mei pada jam 5.30 petang. Izham turut memaklumkan mereka dikurniakan seorang lagi bayi lelaki.

Izham tidak lupa mengucapkan ucapan terima kasihnya kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan kemudahan untuk Mia bersalin. Semakin meriah lah keluarga kecil Izham Mia dengan kelahiran bayi ini. Tentu abang Issa, kakak Iris dan kakak Imaani tidak sabar untuk bertemu adik baby.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdulillah tahniah ayahji.. dua boy dan dua girl, comel 2 pasang dh anak. selamat berjaga malam hehe.. ”
” Congratulations mummy and daddy.. seronoknya Izham dan Mia dapat baby lagi.. rezeki dari Allah.. ”
” Alhamdulillah tahniah ayoh jiii dan isterinya.. murah rezeki anak, suka tengok dah 4 lah anaknya.. ”
” Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah.. tahniah my men Izham Tarmizi dan Mia Ahmad.. 2 pasang sudah anaknya.. ”
” Tahniah Mia dan Miji.. 2 girl dan 2 boy.. Alhamdulillah semoga menjadi Anak yg solehah Berjaya Dunia akhirat. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.. ”
” Syukur alhamdulillah tahniah kak mia dan husband.. pejam celik dah 4 orang anaknya.. rezeki anak ramai syukur.. ”
” Tahniah ayoh ji dan kak mia. alhamdulillah syukur mak dan anak dua-dua sihat.. selamat berpantang kak mia.. ”
Alhamdulillah rezeki Mia dan Izham dapat baby lagi. Untung ada anak ramai, antara yang akan mendoakan untuk kita nanti. Kami di Berita Kopak ucapan tahniah buat Mia dan Izham. Semoga kelahiran si kecil ini menambahkan lagi kebahagiaan kalian berdua. Selamat berpantang Mia.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Izhamtarmizi, IG Miaahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti2 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” YB dah stress, dah tepuk dada. Sekali YB pun terkena prank Didi, haha.. ” – Komen Netizen

