Artis / Selebriti
” Comelnya Bella. Gaya muka merajuk tu macam Ara, haha.. ” – Komen Netizen
Video drama pendek lakonan Bella Astillah dan YB Syed Saddiq untuk iklan satu produk buat peminat teruja. Alahai comelnya Bella merajuk, sebijik macam Ara. Nasib baik YB Saddiq pandai pujuk, terus cair Bella dibuatnya. Sweet sangat..
Umum mengetahui bahawa penyanyi dan pelakon terkenal, Bella Astillah dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin aktif menjadi duta kepada pelbagai jenama produk. Antara jenama yang turut mendapat perhatian ramai ialah Kedai Cincin Ampang (KCA) yang sering menampilkan kempen promosi menarik bersama kedua-dua figura popular ini.
Terbaru, menerusi perkongsian di akaun Instagram milik Kedai Cincin Ampang, telah dimuatnaik sebuah video yang memaparkan Bella bersama YB Syed Saddiq mempromosikan koleksi perhiasan terbaru daripada jenama tersebut. Video berkenaan tampil dengan konsep drama pendek yang santai.
Telatah lakonan Bella dan Syed Saddiq menerusi video tersebut mencuit hati ramai. Kedua-duanya dilihat begitu bersahaja melakonkan watak masing-masing sehingga membuatkan penonton terhibur menonton keseluruhan video tersebut.

Malah, bukan itu sahaja, ada yang berseloroh mengingatkan mereka kepada gelagat anak perempuannya, Ara apabila melihat gaya Bella merajuk. Sehingga kini, video tersebut telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Comelnya Bella. Gaya muka merajuk tu macam Ara, haha.. Pandai betul YB kita pujuk Yangbella, hehehe.. “
” Korang memang saling melengkapi . Dulu yb kayu, lepas jumpa bella terus power segala segi. Dulu bella sedih lepas jumpa yb terus happy.. “
” Bnyak kali saya tonton drama BASS ..best la tak jemu..YB ni boleh berlakon..Bella jgn cakap la memang pelakon..Dengan memek muka membebel dia .. Aduyai gelak tengok.. “
” Pandai YB berlakon, gituh yer nada suara dgn yg tersygg.. Sweet n comel sangat video ni, hahaha tak sabar nk tgk korang kahwin.. “
” Hebat team KCA.. Storyline yg best untuk yb dan bella.. Mcm drama malam raya la. Love sangat sangt2 tengok.. “
” Ada mana2 pengarah tak nak ambil Yb dan Bella ni berlakon tak.. Msg2 ada bakat terpendam tau… Manalah tahu box office filem tu nanti…. Kalau tak cuba buat drama pendek mesti letop2 kan.. “
” Aiyokkk mommy Ara dh majukkk n bebel. Msti susah nk pujuk mcm princess Ara kn, sebiji ara betu.. Gaya YB pula sebiji Ayden.. “
Perkongsian video tersebut sekali lagi membuktikan bahawa gandingan Bella Astillah dan Syed Saddiq sememangnya mempunyai tarikan tersendiri di mata peminat. Selain berjaya mempromosikan produk dengan cara yang kreatif, telatah mereka juga berjaya menghiburkan warganet di media sosial.

Silakan SHARE..
Sumber : IG kedaicincinampang
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen

