Artis / Selebriti
” Cincin tu cute eh, tak payah la selindung-selindung, hehe.. ” – Komen Netizen
Sedutan video live YB Syed Saddiq bersama Bella Astillah di Temu Mesra Karangkraf curi perhatian warganet. Alahai bersemut betul tengok YB Saddiq layan Bella. Part cincin di jari Bella tu, terang lagi nyata ni..
Hari ini tanggal 24 Mei telah berlangsungnya Temu Mesra bersama YB Syed Saddiq dan Bella Astillah bertempat di Reruai Karangkraf, Dewan Tun Razak. Majlis ini telah pun berlangsung pada jam 1230 tengahari sehingga jam 2 petang. Kehadiran pasangan ini sememangnya dinanti-nantikan oleh ramai pengunjung.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Imsitizoner, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan gelagat YB Saddiq dan Bella melayani pengunjung. Pasangan ini sangat peramah dan melayani sahaja soalan daripada pengunjung dan permintaan untuk bergambar.
Ketika Bella sedang asyik menandatangani buku tulisan YB Saddiq berjudul Jalan Tegak, ada yang menegur mengatakan cincin di jari Bella kelihatan seperti huruf S. Bella hanya tergelak dan menafikan ianya huruf S sebagaimana yang dikatakan.

Pada video berikutnya pula, YB Saddiq yang menyedari Bella kepanasan mengalihkan kipas tangan yang dibawa dan ditujukan kepada Bella. Layanan sweet YB Saddiq kepada Bella itu membuatkan pemiant mereka teruja. Beruntung sungguh Bella dilayan dan diratukan oleh lelaki seperti YB Saddiq.
Jom tonton video di bawah :
@imsitizoner
@imsitizoner
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Betul la tu huruf S, terima je la andaian dari kami semua haha. kalu S pun apa salahnyaa.. dh jelaskan.. sebelah tu bermula nama SS.. “
” Ingat kita sorang je perasan rupa ada jugak org perasan Alhamdulillah cinta sehati sejiwa.. Mana ada huruf s, tu saddiq.. “
” Alaa.. klau betul pun kami paham.. tak payah la selindung-selindung.. semua peminat perhati Bella.. Couple bass comel sangat.. “
” Siapa yang dapat salinan tandatangan Bella bersama Syed Saddiq atas buku YB tu amat beruntung … simpan baik2 sebab stau masa nanti nilai buku itu akan melambung berkali2.. “
” Betul nampak sayang sangat YB dekat Bella.. Rasa TERBAHAGIA ari ni. Berseri seri YB …. Ada keserasian. Ikhlas kite DOA kan untuk mereka berdua.. “
” Alah alah penyayangnya, terharu lah.. sweetnya YB sediakan kan Bella kipas.. ambik lah bumi korang.. aku yang sengih-sengih ni.. cincin tu cute eh hehe.. “
” Bella lupa nak sambung ayat last tu “tapi kalau S pun apa salahnya” haha.. Nasib Bella tak cakap nak buat ape ambil Huruf nyer…. Baik ambil orang nyer.. “
Sweet sungguh layanan YB Saddiq untuk buah hati kesayangannya itu. Ini yang dikatakan sayang tetapi tidak perlu diungkapkan dengan kata-kata. Perbuatan tu sudah jelas menunjukkan betapa sayangnya YB Saddiq terhadap Bella. Apa-apa pun, cincin Bella tu cantik sangat lah Balla. Besar lagi terpampang huruf S, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Imsitizoner
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

