Artis / Selebriti
” Cepat betul tangan dia tarik tudung ibu, kelakar lah Afwa.. ” – Komen Netizen
Video Afwa tiba-tiba menarik tudung dan mencubit bahu Dato’ Siti Nurhaliza raih perhatian ramai. Sampai menjerit Tokti dibuatnya. Nasib baik Tokti cool je, kalau ibu orang lain mahu kena cepuk, hehe. Part Tokti ajuk ‘Afwa tak sayang ibu’ tu comel..
Menerusi akaun TikTok milik sitinurhalizafantastic, telah dikongsikan video sesi live terbaru Dato’ Seri Siti Nurhaliza berborak santai bersama para peminat. Turut ada bersama menemani DS Siti ketika membuat live adalah anak keduanya iaitu Muhammad Afwa.
Menerusi video pertama, DS Siti ada berkongsi beberapa jenis permainan yang pernah dimainnya ketika waktu kecil dahulu. Ketika DS Siti leka bercerita, dengan pantas Afwa telah menarik tudung DS Siti dan kedengaran suara DS Siti menjerit meminta Afwa tidak lagi menarik tudungnya itu.
Menerusi video kedua pula, telah dikongsikan telatah spontan Afwa mencubit DS Siti kerana DS Siti tidak melayannya. Selepas dicubit oleh Afwa, sempat DS Siti menyakat Afwa dengan berkata ‘Afwa tak sayang ibu’ seperti mana Afwa sering berkata kepada DS Siti sebelum ini.

Video gelagat Afwa ini telah menarik perhatian peminat DS Siti. Seloroh mereka, sikap anak nombor dua memang berperangai seperti itu yang suka menyakat orang. Sehingga kini, video-video ini ditonton lebih puluhan ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@sitinurhalizafantastic DS @Siti Nurhaliza Bersama Ibu kaliii Lagiiiii 😍 #trendingvideo2024💯💯💯 #trendingvideo2024♥️♥️fyp #like #live #queen #trendingvideo2024♥️♥️fyp💥 #trendingviralvideo💝 #loveyou #sitinurhaliza #love #trendingviralvideo
@sitinurhalizafantastic Afwa Teman Ibu DS @Siti Nurhaliza Live 💜💜💜 #trendingvideo2024💯💯💯 #fyppppppppppppppppppppppp #loveyouall💕 #fypppppppp #trendingvideo2024 #trendingvideo2024♥️♥️fyp #trendingvideo2024💯💯💯✅ #like #live #queen #lover #trendingviralvideo💝
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-ratanya terhibur melihat gelagat Afwa tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Cepat betul tangan dia tarik tudung ibu, kelakar lah Afwa.. Suara Tokti menjerit kena tarik tudung pun sedap, nasib tak tertanggal tudung.. “
” Satu lagi cara Afwa nak tarik perhatian Ibunya Siti Nurhaliza dgn menarik tudung DSCT yg on point awasss Afwa nanti ibu jadi naga, haha.. “
” No2 memang camtu.. Suka menyakat, hehe.. Penghibur dalam keluarga… Afwa garang2 pun comel betul dia, hehehe.. Pipi tu masih pau lagi.. “
” Ibu tak layan dia, tu kena tarik tudung, merajuk lah tu.. Laga biji getah kan tokti.. Dulu sekarung bawak dlm kelas.. Yg pecah tu kwn bw blik, dia buat sambal biji getah.. “
” Dia bukan, sebab Tokti duk kat kampung tapi sebab tokti mostly main yg lasak2 punya game, anak polis kan.. Btw cute betul budak kecil kt belakang tu, hehe.. “
” Afwa tau tak ,ibu kamu tu pnyanyi no.1.. Berani eh dia bt ibu dia, hahaa.. Gelak besar saya dengar tokti ajuk cakap Afwa tak syg ibu. hehe.. “
” Afwa tetap mahu perhatian Ibunya di mana2.. Tokti punya “adoii pun bunyi ya maulai.. Punya merdu suara, cakap pun dah macam tone nyanyi.. “
Sempat lagi Afwa menanrik tudung dan mencubit ibu yer. Nasib ibu pun cool sahaja, langsung tak marah Afwa pun, malah siap menyakat Afwa balik lagi. Apa-apa pun, semoga Afwa terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok sitinurhalizafantastic
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen

