Artis / Selebriti
” MasyaAllah cantiknya pelamin pengantin Diraja, serba mewah.. ” – Komen Netizen
Video dan gambar dekorasi dan pelamin Majlis Resepsi sebelah pihak perempuan pasangan pengantin Tengku Muhammad dan Tengku Natasya raih perhatian ramai. Wah, cantiknya pelamin, bukan biasa-biasa. Nampak mewah sangat..Β
Setelah beberapa hari berlangsung majlis perkahwinan pengantin Diraja iaitu Tengku Muhammad dan Tengku Natasha, malam ini berlangsung pula majlis resepsi di sebelah perempuan pula. Majlis tersebut diadakan di The St. Regis Kuala Lumpur .
Meninjau ke akaun Instagram Inaijari010, beberapa gambar dan juga video yang memaparkan dekorasi dewan dan juga pelamin telah meraih perhatian ramai orang. Dekorasi majlis resepsi ini nampak begitu cantik sekali dan serba mewah.
Pelamin pasangan pengantin Diraja ini mengikut adat dan tardisi di sebelah pengantin perempuan yang mempunyai darah Indonesia iaitu adat Acheh. Pastinya pasangan pengantin Diraja ini juga memakai persalinan pengantin mengikut adat Acheh.
Perkongsian video dan gambar ini telah menerima lebih dua ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Pastinya ramai tidak sabar untuk melihat pasangan pengantin Diraja ini bersanding di atas pelamin yang cukup indah ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang terpegun melihat keindahan dekorasi dewan untuk majlis resepsi ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Malam ni ke? adat acheh.. MasyaAllah cantiknya pelamin pengantin diraja warna kuning.. Nnti belanja bnyk2 gmbr video ye.. cantik betul dekorasi.. “
” Wow mewahnya.. grand reception.. ada live nya gak kak? rasa Tidak ada sebab ni private reception belah TNA kan.. “
” Hotel mana ni.. cantik betul.. semoga dipermudahkan Allah segala urusan semoga berkekalan hingga ke Jannah amin.. “
Sekadar info, Tengku Muhammad merupakan anakanda kedua Sultan Pahang, Tengku Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah. Manakala Tengku Natasha pula merupakan anak kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan figura politik berpengaruh di Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Kami di Berita Kopak mendoakan semoga majlis resepsi pada malam ini berjalan dengan lancar. Semoga bahtera perkahwinan yang dibina oleh pasangan pengantin Diraja ini berkekalan sehingga ke akhir hayat dan berbahagia selalu. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Inaijari
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Hadie baru 16 tahun tapi MashaAllah matangnya dia. Bijak bercakap, walaupun kena provoke.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Jadi lain lagu ni dalam versi Aishah. Sedap rupanya lagu ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terharu dengar jawapan suami Ina. Jawapan orang terpelajar dan berilmu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Best dengar Nubhan cakap Cina, macam pakcik-pakcik Chinese ajak menyembang. Fluent betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Hebat tok kadi, ikut perkembangan semasa. Tak pernah lagi tok kadi bagi ceramah macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Allahuakbar, sayunya hati ini. Sedih tengok anak sulung Ina menangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dia betul-betul buat lagu ni versi dia, sampai tak sedar tu lagu Tokti. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Abang ipar kau tak kasi kau buka tudung.. ” – Neelofa