Artis / Selebriti
” Alololo sweet betul. Blushing tengok Tengku Muhammad cium dahi isteri.. ” – Komen Netizen
Video Istiadat Menyarung Cincin pasangan pengantin diraja, Tengku Muhammad Iskandar dan Tengku Natasya curi perhatian ramai. Alahai sweet sungguh, banyak kali Tengku Muhammad cium dahi isteri tu..
Dengan sekali lafaz, pasangan pengantin diraja, Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar dan pasangannya, Tengku Natasya Tengku Adnan telah sah disatukan sebagai pasangan suami isteri. Majlis akad nikah Istiadat Perkahwinan Diraja itu dilaksanakan di Istana Abdulaziz.
Sejurus selepas selesai majlis akad nikah, pasangan diraja ini melakukan Istiadat Menyarung Cincin pula. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Inaijari, telah dikongsikan suasana ketika berlangsungnya majlis tersebut. Pasangan mempelai yang berada di atas pelamin tersenyum dan malu-malu.
Jika selalunya rakyat jelata melihat Tengku Muhammad dalam mood ceria dan suka mengusik, malam ini Tengku Muhammad kelihatan serius. Comel sahaja telatah Tengku Muhammad menyarungkan cincin ke jari Tengku Natasya.

Setiap kali cincin disarungkan, setiap kali itu juga lah Tengku Natasya bersalam dan mencium tangan Tengku Muhammad. Wajah Tengku Muhammad tersenyum manis sahaja saat mengucup dahi isteri tercinta. Sweet sungguh pasangan pengantin diraja ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 400 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Selamat pengantin baru Tengku. semoga semoga berkekalan hingga ke Jannah.. aloolololo sweet betul.. “
” 1st time tgk TAB behave..selalu tu dia yg paling ceriaaa… Alhamdulillah, selamat pengantin baru.. tahniah buat kedua raja sehari,cantik tampan dan menawan.. “
” Selamat pngantin baru Tengku Muhammad & Tengku Natasya. semoga berbahagia selalu ke jannah.. “
” Alhamdulillah.. tahniah tengku muhammad dan tengku natasya. selamat pengantin baru.. Alhamdulillah Daulat Tuanku.. “
” Selamat pengantin baru, Tengku semoga bahagia hingga ke anak cucu.. blushing sorang sorang aku tengok dis cium dahi wife dia.. “
” Alhamdulillah, sama cantik sama padan. Ayu nya wajah suri hati Tengku.. tak jemu mata memandang.. love nyaaaaa… terpesonaaa.. “
” Kawin dah crush kita, selamat pengantin baru tengku muhammad & tengku natasya.. bestnya, byk Kali Salam byk Kali nyium.. “
Gentleman sungguh Tengku Muhammad apabila bersama Tengku Natasya. Melihat telatah pasangan diraja ini, membuatkan warganet turut tumpang gambira. Apa-apa pun, semoga Tengku Muhammad dan Tengku Natasya berbahagia selalu sehingga ke anak cucu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Inaijari
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen

