Artis / Selebriti
” Alhamdulillah, tahniah Tengku Muhammad. Semua happy dan tepuk tangan.. ” – Komen Netizen
Video majlis akad nikah Istiadat Perkahwinan Diraja, YAM Tengku Muhammad Iskandar dan YM Tengku Natasya. Segaknya Tengku Muhammad, Tengku Nataysa pun cantik. Sama cantik dan sama padan pasangan pengantin diraja ini..
Sebagaimana yang diwar-warkan, majlis akad nikah Istiadat Perkahwinan Diraja antara Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah dengan Yang Mulia Tengku Natasya Puteri telah pun berlangsung sebentar tadi.
Menerusi perkongsian di akaun Era,je, telah dikongsikan video yang memaparkan bapa pengantin perempuan, Tengku Adnan Tengku Mansor menyempurnakan akad nikah itu. Tengku Muhammad tampil segak dalam busana berwarna putih dan melangkah masuk ke balai istana dengan langkah tersusun.
Menerusi video ini, kelihatan Tengku Muhammad menjawab akad dengan cukup tenang dan penuh berkeyakinan. Hanya dengan sekali lafaz sahaja, Tengku Natasya sah sebagai isterinya. Selesai lafaz akad, Tengku Muhammad membaca lafaz tahliknya pula.

Tengku Natasya pula kelihatan anggun dan jelita dalam persalinannya. Solekan yang sempurna dan tidak menutup kecantikan aslinya, pasangan pengantin diraja ini kelihatan sepadan bagaikan pinang dibelah dua. Sejuk mata memandang Tengku Muhammad dan Tengku Natasya di atas pelaminan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ratusan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Alhamdulillah tahniah untuk pasangan pengantin baru.. semuga pengantin DiRaja ini kekal bahagia hingga jannah.. “
” Alhamdulillah.. tahniah tengku Muhammad dan tengku natasya. selamat penganti baru buat tengku berdua.. semoga berbahagia selalu.. “
” TAT happy sangat, cute ever.. Alhamdulillah tahniah dan selamat pengantin baru Tengku Muhammad.. semua happy dan tepuk tangan.. “
” Selamat Pengantin Baru Tengku berdua Semoga berbahagia keanak cucu hingga ke jannah Aamiin. Semua kerana Allah from suci Dari Hati.. “
” Allahuakbar.. Senaskah Al Quran… Subhanallah… Tahniah Tengku berdua. selamat pengantin baru pada tuanku.. “
” Alhamdulillah hari yang kita tertunggu-tunggu. Tahniah TAB dan Tengku Natasya semoga kekal bahagia hingga kejannah.. “
” Bagus Tengku muhamad sekali lafaz je.. semoga menjadi suami yg soleh,amin.. selamat pengantin baru dan semoga berbahagia selalu. sama cantik sama padan.. “
” AlhamduliLah dan tahniah Tengku Muhammad. Ni baru nampak betul-betul serious. Kalau tak, menakai aje rupanye.. selamat pengantin baru tengku.. “
Alhamdulillah selesai majlis akad nikah dan secara rasminya, Tengku Muhammad dan Tengku Natasya kini bergelar suami isteri. Semoga ikatan yang terbina ini sentiasa dalam rahmat Allah dan dikurniakan kebahagiaan serta keamanan dalam rumahtangga sampai bila-bila.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era.je, IG Inaijari, Tiktok A.H
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap tutur kata Hussain, lembut je cakap. Macam tu orang berilmu menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila dah makin lupa diri, buat majlis pun macam saya dah ma ti.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak sampai ke klinik, dah terbersalin dalam kereta dan saya yang sambut sendiri.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Takde orang nak bergaduh dan tak berbaik dengan mak sendiri.. ” – Marissa Dania Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” 3 hari saya tak makan, saya nangis je. Rayyan datang, dia.. ” – Rita Rudaini
-
Artis / Selebriti6 days ago” Allah mommy, nak baby ulang berapa kali.. ” – Jebat Jayden

