Artis / Selebriti
” Sayunya tengok Tengku Muhammad menangis, biasa tengok happy-happy.. ” – Komen Netizen
Video Tengku Muhammad menangis di atas pelamin ketika majlis Istiadat Bersanding buat ramai tersentuh. 1st time tengok Tengku Muhammad menangis macam ni. Ayahanda Al-Sultan Abdullah dan Bonda Tunku Azizah juga tidak dapat menahan sebak. Sedihnya tengok..
Istiadat terakhir untuk istiadat perkahwinan diraja antara YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar dan YM Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan iaitu Istiadat Bersanding telah pun dilangsungkan beberapa jam yang lalu. Untuk Istiadat Bersanding ini, warna putih menjadi pilihan kedua mempelai.
Tidak sebagaimana majlis istiadat akad nikah dan istiadat berinai, malam ini suasana sebak menyelubungi majlis. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok RB Eventor, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Tengku Muhammad tidak dapat menahan air matanya dan menangis di atas pelamin.
Melihat anakanda tercinta menangis, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah juga turut mengalirkan air mata. Ramai yang mengatakan ini kali pertama melihat Tengku Muhammad sedih dan menangis begini. Putera yang ceria seperti bondanya, yang selalu terlihat di wajahnya hanya senyuman dan gelak ketawa.
Iringan muzik biola ketika istiadat ini berlangsung juga membuatkan suasana bertambah sayu. Warganet juga turut sebak melihat kesedihan Tengku Muhammad itu. Pastinya ada sesuatu yang menyentuh hati Tengku Muhammad yang membuatkan air matanya jatuh.
Jom tonton video di bawah :
@rbeventor First time tengok TAB menitis air mata 😢 Selalu nampak TAB paling ceria. Tahniah YAM Tengku Arif Bendahara 🙏🙏 #istiadatbersanding #istiadatperkahwinandiraja #TAB❤️TNA
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Jangan nangis Tengku’M.. sy pun ikut nangis.. sebak.. keluarga Sultan Pahang ni penuh dengan kasih sayang mna pergi tetap ada anak²nya.. “
” Tiba tiba sayu melihat Tab menitiskan air mata.. Mungkin melihat ayahanda dan bondanya.. dah selesai semua , ada tanggungjawab baru.. “
” Takda apa pun masa ni cuma dah selesai istiadat mrenjis, mungkin TAB sebak, mc tgh announce nak upacara seterusnya tu.. “
” Sebak rasa nya.. Faham Sgt apa yg Tuanku berdua rasa kan.. aku terikut nangis, jarang² ngga TAB nangis, biasa tengok happy happy.. “
” Sama kazen ndk kuat ikut nagis jugk.. sedih giler Kita biasa tengok tab yg lucu.. Mcm mana la TN kuat tak ikut nangis ya. Sy tgk kat sini pun sebak sekali.. “
” Mungkin TAB Sedih bila terimbau dengan moment bersama Ayah & Bonda dan sekarang TAB dh menjadi seorang suami ada biadara harus dijaga dan disayangi.. “
” Alaaa kenapa sedih.. hurm tak sempat tengok.. ni slepas doa ke..slalu lps doa msti touching.. Hati tisu rupanya dalam kenakalan.. semoga berbahagia.. “
Berakhirnya istiadat bersanding ini, maka istiadat perkahwinan diraja pun melabuhkan tirainya. Semua yang dirancangkan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Semoga segala pahit manis yang terjadi sepanjang istiadat ini menjadi kenangan yang akan diingati oleh Tengku Muhammad sampai bila-bila.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok RB Eventor, Tiktok A.H, IG Inaijari
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Macam dia cakap mummy, mummy pulanglah balik. Macam biasa.. ” – Mas Idayu
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ramai cuba cover lagu Dato’ Siti, tapi suara Danial ni lemak, merdu, husky, semua cukup.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” You look mega, sound pun mega.. ” – Dato’ Ramli MS
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Congratulations Faz. Beauty with brain, so inspiring.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Nak buat ringtone phone lah, ‘ahak ahak’ tu mahal dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ala satu juta, takkan aku tak boleh bayar.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dia takde isteri, tapi dia punya kawan-kawan yang baik dan prihatin.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Suara bell macam iklan radio dah, siap mimik muka main peranan.. ” – Komen Netizen