Artis / Selebriti
” Macam tu je Tunku Azizah rebut mic Tokti. Adoi lawak la Tuanku ni.. ” – Komen Netizen
Video Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah naik menyanyi bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza ketika Majlis Istiadat Bersanding. Terkejut Tokti tiba-tiba Tuanku muncul dari belakang, sampai berpusing Tokti. Sporting betul Bonda pengantin diraja ni..
Istiadat Perkahwinan Diraja Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin dan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan diakhiri dengan Istiadat Bersanding semalam. Banyak moment indah yang terjadi sepanjang berlangsungnya Istiadat Bersanding itu.
Seperti majlis istiadat terdahulu, para jemputan dan pengantin diraja akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi jemputan oleh pihak istana. Kali ini, semua disajikan dengan suara merdu penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
DS Siti mendendangkan beberapa buah lagu untuk menghiburkan tetamu yang hadir. Ketika DS Siti sedang asyik menyanyi, tiba-tiba Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah naik ke pentas untuk sama-sama menyanyi bersama DS Siti.

Gelagat Tunku Azizah itu mencuit hati warganet. Umum mengetahui hubungan Tunku Azizah dengan DS Siti sangat rapat. Gembira sungguh Tunku Azizah dapat menyanyi dan menari bersama DS Siti. Satu dalam sejuta permaisuri yang sporting dan ceria seperti Tunku Azizah dan kerana itu lah ramai yang menyayanginya.
Jom tonton video di bawah :
@whosmein95 Istiadat Perkahwinan Diraja Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Natasya Puteri Adnan Live Tt : @Khai Sani #tengkuampuanpahang #tengkuazizahaminahmaimunah #datosrisitinurhaliza #ctdk #tengkumuhammadiskandarriayatuddinshah #tengkunatasyaadnan #perkahwinandiraja #royalpahang #royalpahangwedding
@sitinurhalizafantastic Ala So Cute Tau Tunku Azizah Nak Nyanyi Lagu Jujur Dengan DS @Siti Nurhaliza 🥰🥰🥰🥰 #fyppppppppppppppppppppppp #trendingvideo2024♥️♥️fyp💥 #trendingvideo2024💯💯💯✅ #love #live #loveyouall💕 #trendingvideo2024♥️♥️fypシ #malaysia #queen #trendingviralvideo💝 #trendingvideo2024💯💯💯
@sitinurhalizafantastic DS @Siti Nurhaliza Duet Bersama Tunku Azizah ❤️ #sitinurhaliza #trendingvideo2024💯💯💯✅ #trendingvideo2024♥️♥️fyp💥 #fyppppppppppppppppppppppp #love #live #loveyouall💕 #trendingvideo2024♥️♥️fypシ #malaysia #queen #like #trendingviralvideo💝 #loveyou #lover
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Macam tu je Tunku Azizah rebut mic tokti haha.. Berebut pulak dah.. Adoii lawak la tuanku ni.. ”
” Comel pulak part tokti pusing tu haha.. Sayang betul tuanku dengan tokti.. tuanku mst dh booked siti utk setiap mjls kawen ank dia.. “
” Hanya TAP je blh rebut mic tokti okeh.. Cute je dua-dua kesayangan negara ni.. Sedap suara Tunku Azizah nyanyi.. “
” Tunku Azizah dah dapat mic habis lah hehe.. yang awal tadi tarik mic tokti, lucu sangat. yang ni dapat sorang 1 ok la tu haha.. “
” Bagus tokti tak overshadow Tuanku.. tokti pandai jadi backup singer baru.. comel mana nak nampak tokti jadi backup nyanyi uiii haha.. “
” Seronok tengok tengku ampuan pahang ni. dah la sporting, pandai menyanyi.. boleh berduet dengan tokti lagi.. sama naik bila dua-dua ni berpadu suara.. “
” Lepasni dato siti tak boleh cari makan dah , tuanku sapu habiss.. Sporting habis, Salute Tuanku.. “
Seronok warganet melihat telatah 2 kesayangan negara ini menyanyi bersama. DS Siti juga pandai memainkan peranannya dan tidak langsung overshadow suara Tunku Azizah dengan suara merdunya itu. Meriah majlis kerabat diraja Pahang ini dengan adanya Tengku Ampuan Pahang yang ceria.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Gegar.my, Tiktok Sitizoners, Tiktok whosmein95, Tiktok sitinurfaliafantastic
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen

