Artis / Selebriti
” Dah tahu dah perangai melawak Tengku Muhammad ikut perangai siapa, haha.. ” – Komen Netizen

Video Istiadat Bersiram dan Menutup Kerja Tengku Muhammad Iskandar dan Tengku Natasya Puteri. Alahai ketawa pengantin baru kena siram. Part Tunku Azizah siram air kat yang berada di belakang pengantin tu lawak. Menjerit semua dibuatnya, haha..
Setelah semua istiadat rasmi perkahwinan diraja antara YAM Tengku Muhammad Iskandar dan YM Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan dijalankan, kini istiadat bersiram dan menutup kerja pula dilakukan. Sebelum ini, Tengku Ampuan Pahang ada berkongsikan gelagat Tengku Muhammad ketika sesi rehearsal majlis bersiram diadakan.
Meninjau entry di akaun Instagram kesultanan.pahang, telah dikongsikan video yang memaparkan Istiadat Bersiram dan Menutup Kerja Tengku Muhammad dan Tengku Natasya. Majlis diadakan di perkarangan Istana Abdulaziz Kuantan ini berlangsung dengan meriah.
Kelihatan menerusi video yang dikongsikan, Tengku Hassanal, Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah sedang menyempurnakan istiadat bersiram itu. Riuh dengan gelak ketawa semua apabila sampai giliran Sultan Abdullah menyiram pengantin diraja.
Sempat Tunku Azizah bergurau menyiram air kepada yang berada di belakang pengantin, sampai menjerit semua di situ. Ayahanda dan Bonda pun suka mengusik, manalah putera tidak berperangai yang sama. Kerabat diraja Pahang semuanya memang sporting belaka kerana itulah disayangi rakyat jelata.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat video seterusnya )
@tengkupanglimaraja Istiadat Bersiram dan Menutup Kerja TAB & TNA
♬ original sound – Tengku Panglima Raja – Tengku Panglima Raja
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warrganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Terima kasih Tengku Amir share video ni.. Alhamdulillah dh selesai majlis wedding TAB & TNA, semoga bahagia hingga ke Jannah. Next siapa pulak.. “
” Very very cultured tradition, tq for sharing with us the laymans.. “
” Woww amazing.. 1st time tgk istiadat begini.. suka tgk.. Semoga bahagia sehingga selamanya buat Tengku Muhammad & Tengku Natasya.. God Bless.. “
” Dah tahu dah perangai melawak Tengku Muhammad ikut perangai siapa haha.. orang lain yang kena siram tu hehe.. “
” Bondanya sengaja siram yang di belakang kain haha.. tunku Azizah bagi chance yang belakang pun bersiram ye.. “
” Sampai belakang haa disiramnya.. Permaisuri dan Sultan kenakan anak-anak.. happy betul tengok family kerabat pahang ni.. “
” Sultan tu suka menyakat anak-anak juga. patut lah anak-anak pun suka mengusik. happy pengantin, semua lah happy.. kita yang tengok pun ikut happy sama.. “
Selesai sudah semua istiadat untuk Tengku Muhammad dan Tengku Natasya. Berakhirnya istiadat bersiram dan menutup kerja, maka ianya penutup untuk keraian pengantin baru ini. Kali ini bukan hanya pengantin sahaja yang basah, yang menjadi pengiring di belakang pun kuyup bersama, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Kesultanan Pahang, IG Inaijari, Tiktok Tengku Panglima Raja
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen