Artis / Selebriti
” Banyak syarat dia, alaa jual mahal pulak lah.. ” – Founder Rissa Skin
Video Founder Rissa Skin bercerita mengenai syarat-syarat yang Fattah Amin letakkan untuk shoot video iklan produk. Tak sangka Fattah letak syarat macam tu. Agak mencabar juga syarat Fattah tu, pening founder dibuatnya..
Saban hari ada sahaja founder yang bertemu dengan Fattah Amin untuk berkerjasama. Selepas Pak Mat Western, Telekung Tea dan Inayah Beauty, kini giliran Founder Rissa Skin pula berjaya mendapatkan Fattah untuk shoot video produk mereka. Mereka bakal mengeluarkan produk minuman kesihatan pada 5 November nanti.
Meninjau entry di akaun Tiktok Rissa Skin HQ, telah dikongsikan satu video yang memaparkan founder Rissa Skin bercerita mengenai Fattah. Katanya Fattah sudi menerima ‘pinangan’ pihak Rissa tetapi ada syarat-syarat yang telah pun diletakkan oleh Fattah untuk pihak Rissa turuti.
Salah satu syarat Fattah adalah produk yang bakal dijual itu tidak boleh dipasarkan dengan harga yang mahal. Pada awalnya founder Rissa Skin mencadangkan agar harganya ditetapkan sebanyak RM70 sebotol tetapi Fattah membantah keras cadangan tersebut. Kata Fattah, semua yang bakal membeli adalah peminat yang banyak menyokong dirinya.

Oleh kerana itu, Fattah mahu produk tersebut dijual dengan harga yang mampu milik dan tidak membebankan pembeli. Selain itu, Fattah juga tidak mahu ada adegan berjoget-joget. Founder Rissa Skin juga turut mendedahkan sisi lain Fattah dan memuji keperibadian Fattah. Betul Fattah seorang yang baik dan segala yang dikatakan oleh orang ramai mengenai kebaikan Fattah itu benar.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@rissaskin_hq Apa pun kita ikut la semua yg big boss mahuu hehe #rissaskin #rissaskinxfattahamin
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bagus syarat tu untuk kebaikan. Abah aku pun ada cakap, Fattah ni budak baik orangnya.. Fattah seorang lelaki yang sangat menjaga adabnya.. Alhamdulillah.. “
” Baru tahu produk ni sebab Fattah.. ok la tak keras sangat syaranya.. Elok dan bagus tu.. beruntung la company rissa dapat dia.. “
” Untung dapat Fattah jadi duta.. aura dia bagus.. Saya pun kenal jenama ni sebab Fattah.. fattah pernah bgtau kan masa 1st live dia tu yg dia mmg coffee lover.. “
” Huhh alright syarat tu lelaki baik dan cool.. Baguslah Fattah Amin ni.. dia tak pikir poket sendiri je.. dia pikir kemampuan pembeli jugak.. “
” Fattah ni dari dulu memang behave.. syarat tu sangat-sangat bagus.. tu cara dia cri sumber rezeki ke jaln yg halal.. “
” Dia mesti la bgtau dulu rules dan regulation sblm setuju nk sign any contracts. tu la caranya org berilmu dan beretika. Didikan ibu bapanya ikut hukum, Alhamdulillah.. moga laris dan perniagaan bertambah maju.. “
” Fattah memang orang yang baik dan memahami. Syarat dia pun untuk kebaikan dan reputasi dia jugak. Yang penting dia tahu menjaga batas.. “
Syarat-syarat Fattah bersebab dan semuanya untuk kepentingan bersama juga. Semoga produk dengan kerjasama Fattah ini akan mendapat tempat di hati pencinta kopi dan laris jualannya nanti. Pada peminat yang setia menyokong Fattah, jangan lupa temujanji bersama Fattah pada 5 November nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rissa Skin HQ, IG Ducatimerah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Thalita memang best nyanyi lagu English. Dah macam suara ibu betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara tu bapak argh sedap. Memang sapu semua lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sayang, saya tahu macam mana remuknya hati dan perasaan sayang.. ” – Jai Faizal
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jika ada manusia yang memfitnah, mencaci, merendahkan atau menzalimi kami tanpa kebenaran.. ” – Norman Hakim
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fuhh, part tarik tu memang padu habis. Ni bakal Raja Pop nanti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, banyaknya soalan normal ke czer ni. Kenapa ? ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salute abang Norman, dia perbaiki kesilapan dia. Best ayah dan anak rapat macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baby nak bukak pun susah mummy. Baby bukak sampai tenaga baby hilang mummy.. ” – Jebat Jayden

