Artis / Selebriti
” Weyyy, dia umur 50 kut, macam mana rupa dan suara masih macam 20an.. ” – Komen Netizen

5 minit sebelum live di Kilauan Emas, Erra Fazira sempat melayan penonton menyanyi lagunya. Ramai yang puji suara dan penampilan Erra. Sporting betul Erra layan permintaan peminat. Ni mesti berjangkit dengan Kak Lina ni, hehe..
Tidak perlu diperkenalkan lagi, sebut sahaja Primadona Malaysia, pasti semua familiar dengan sosok wanita jelita dan juga pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira. Siapa sangka meskipun kini usia Erra sudah 50 tahun, namun kejelitaan Erra Fazira tetap terserlah dan awet muda.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik Radio Sinar, telah dikongsikan video yang memaparkan Erra sedang menyanyi lagunya yang bertajuk Yang Terindah Hanyalah Sementara. Untuk rekod, lagu ini direkodkan oleh Erra pada tahun 1995.
Video ini dirakamkan ketika Erra yang merupakan juri tetap bagi rancangan Kilauan Emas menunggu masa beberapa minit untuk live rancangan tersebut. Selain itu, kelihatan ada bersama di sisi Erra ketika menyanyi adalah pengacara Kilauan Emas iaitu Elly Mazlein.
Nyanyian Erra tersebut mendapat sorakan daripada para penonton. Malah, ada peminat memberikan komen mengatakan suara Erra masih tetap maintain merdu seperti zaman mudanya dahulu. Sehingga kini, video Erra menyanyi telah ditonton lebih 500 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
@sinar_my Fuhhhh tengah tunggu nak live lagi 5 minit pun sempat melayan peminat tau 😍 Erra Fazira Live sekarang di Astro Prima, Astro GO & Sooka 『 Konsert Kilauan Emas 2024 (Minggu 7) 』 #SINARKongsi #THRGegar #LiveUpdateSINAR #KilauanEmas2024 #OtaiKembaliBerbisa
Di ruangan komen, ramai yang memuji suara Erra menyanyi dan menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Suara yang takde siapa pun boleh copy. The one and only Erra Fazira.. Semua lagu Erra semuanya sedap-sedap.. Tak pernah jemu dengar.. “
” Paling suka dengar lagu ni. Saya dengar selalu mesti starting dari teman bicara, baru berteman sepi baru lagu yang terindah hanyalah sementara ni.. “
” Suara Erra takde lg version artis lain.. Unik & merdu.. Erra Fazira memang elegen.. Cantik, suara sedap, semuanyal lengkap.. “
” Weyyy dia umur 50 kot macam mana rupa dan suara masih macam 20s.. Aku kagum betul lah tengok dia, menangis aku tau.. “
” Hampir terlupa yg Erra Fazira ni pun penyanyi jgl , tp bila dengar semula lagu2 dia ingat pulak lirik nye. Nmpk sgt sy dh tua.. “
” Erra dah la cantik pastu suara sedap weyh sama mcm zaman dulu.. Byk2 artis.. Suara Erra je tak leh copy.. Macam ni la primadona.. “
” Sedap betul suara erra ek.. Kat M’sia takde kot suara cam dia.. lagu2 dia ni seperti suatu kebetulan kan dgn kehidupan… Kenpa aku nangis wei dgr lagu ni.. “
Sejak zaman ratu cantik sampai dah 50-an, kecantikan Erra tetap tak jemu dipandang. Pandai ibu Engku Aleesya ni jaga wajah, maintain muda. Semoga Erra sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok sinar_my, IG errafazira
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti12 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar