Artis / Selebriti
” Cantiknya, tak tergamak nak potong kalau secantik ni.. ” – Komen Netizen
Video close up kek perkahwinan YAM Tengku Muhammad dan YM Tengku Natasya ketika majlis resepsi daripada Banker 2 Baker raih perhatian warganet. Wah bukan biasa-biasa kek ni, besar dan tinggi betul. Tengok dekat, nampak detail seni rekaan yang halus dan eksklusif. Sayang nak makan..
Majlis perkahwinan pengantin diraja Pahang, YAM Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin dan YM Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan telah pun berakhir. Banyak yang menarik dapat dilihat dari kedua-dua belah pihak kerana menggunakan adat yang berbeza iaitu adat Pahang dan adat Acheh.
Selain busana pengantin dan rekaan pelamin yang cantik, kek pengantin juga antara yang mencuri perhatian ramai. Ketika istiadat di Istana Abdulaziz, kek pengantinnya berwarna putih. Pada majlis resepsi di St. Regis untuk sebelah keluarga pengantin perempuan pula, keknya bertemakan bunga-bungaan yang menarik.
Meninjau entry di akaun Instagram Banker 2 Baker iaitu pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan kek perkahwinan pasangan ini, telah dipaparkan video close up kek tersebut. Pihak baker ini mengucapkan rasa syukurnya kerana dipilih untuk mempersembahkan karya kek mereka.
Tulis baker ini, kek berukuran kira-kira 5 kaki lebar dan 7 kaki tinggi ini antara kejayaan mereka. Ia pastinya salah satu ciptaan terbesar mereka setakat ini. Daripada lakaran kepada realiti, baker ini merasa bangga dengan seluruh pasukan yang bertungkus lumus untuk menghasilkan kek tersebut.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 400 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Amazing works, love sangat.. masya Allah cantiknya.. tak tergamak nak potong kalau secantik ni.. “
” Incredible.. well done Banker 2 baker.. cantiknya kek betul ke tu.. “
Cantik dan tinggi sungguh kek untuk majlis resepsi Tengku Muhammad dan Tengku Natasya. Siapa sangka dari lakaran boleh jadi seindah itu rekaan keknya. Terlalu cantik sehinggakan ada di kalangan warganet yang tertanya-tanya adakah itu kek betul atau replika sahaja.
Tahniah kepada team Banker 2 Baker kerana menghasilkan kek secantik ini. Sejarah kek tertinggi dan terbesar yang pernah dihasilkan untuk meraikan pengantin diraja. Semoga terus berkarya dan menghasilkan lebih banyak lagi kek-kek menarik seperti ini. Mungkin untuk next perkahwinan diraja Pahang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Banker 2 baker, IG Inaijari
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Allahuakbar, banjir air mata sangat-sangat dah ni. Sedihnya Ya Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tak pernah dengar dia speaking selama ni, bestnya dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menjadi lah Bell buat, Yusry pun terbahak ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Dengar suara Sallman jadi sedih pula. Suara SS dalam diri Sallman.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Stop kejap dada ayah nak.. ” – Achey Bocey
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Merdu betul suara Hadie ni, kita yang dengar dia nyanyi pun rasa terbuai-buai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang dengar Amad nyanyi. Susah lagu ni, dia selamber je nyanyi. Dahsyat control suara.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Budak-budak ni berlakon, kita pula blushing tengok, haha.. ” – Komen Netizen