Artis / Selebriti
” Adui sakit perut aku ketawa. Lucu betul Baby macam Bell jugak.. ” – Komen Netizen
Video Norreen Iman bersembang dengan adik bongsu Bell Ngasri, Nassuhada Ngasri buat warganet terhibur. Lawak lah Baby ni, lagi kelakar daripada abang Bell ni. Random betul part Baby tiba-tiba menyanyi lagu raya. Comel sangat, hehe..
Meninjau entry di akaun Instagram Norreen Iman, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Norreen bersama sepupunya yang juga adik bongsu kepada pelawak dan pelakon terkenal, Bell Ngasri bernama Nassuhada Ngasri atau lebih mesra dengan panggilan Baby.
Gelagat Baby dalam video ini membuatkan warganet terhibur dan teruja mendengar perbualannya bersama Norreen. Untuk rekod, Baby adalah seorang insan istimewa. Sekali pun syndrome down, tetapi Baby petah bercakap dan butir percakapannya agak jelas.
Menerusi video ini, Norreen menunjukkan kepada Baby gambarnya ketika zaman kanak-kanak dahulu. Ketika itu rambut Baby panjang melepasi bahu. Sekarang baby lebih senang berambut pendek kerana panas jika ada rambut panjang. Norreen juga bertanyakan kepada Baby umurnya sekarang dan Baby menjawab usianya 11 tahun.

Suasana semakin ceria apabila Baby spontan melatah dan terus menyanyi lagu raya ‘ Alamak raya lagi’. Norreen melayani sahaja telatah Baby yang menghiburkan itu. Tulis Norreen di ruangan kapsyennya berbunyi ‘ Baby always be my baby. Dia kalau dah nyanyi, 8 episode tak habis’.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Norreen ini sehingga kini telah pun meraih lebih 28 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ko layan baby nyanyi 7 hari 6 mlm tak abs hahaha dh anak dara dh baby ye tetap 11 tahun hahaha.. “
” Pandai dia berbual.. Comella baby.. suka sangat karakter dia. She is so funny and amazing.. kalau gabung baby dgn bell ni boleh pecah otak aku gelak haha.. “
” Aku ni tunggu la bila dia nak abis nyanyi haha.. terbaik lah baby.. nak lagi video macam ni Norreen.. suka dengar baby nyanyi.. “
” Macam abang Bell Ngasri dia jugak, kelakar dan mudah terhibur.. Baby pandai cakap, lucu betul dia.. “
” Sedap la dengar dia berbual.. Adui lirik ke laut dalam lah baby haha.. cute lah,m betul la dia 11 tahun baru haha.. dedua comel.. “
” Haha dia lagi kelakar dari Norreen.. Ewah ewah pandai baby menyanyi.. selalu tengok dia melukis kad je untuk Bell.. “
” Baby dengan Bell sama kelakar lah.. Pandai baby menghiburkan kami.. adui sakit perut aku ketawa.. sama je adik beradik ngasri ni, semua muka tak menua.. “
Terhibur warganet melihat telatah Baby dan Norreen itu, kelakar juga Baby ni. Kalau berkumpul dengan adik beradik yang lain, tentu lagi riuh rumah dengan jenaka spontan masing-masing. Apa-apa pun, selamanya Baby akan tetap menjadi baby di hati semua. Semoga baby sihat-sihat selalu dan gembira bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Norreen143
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hari ni Raf pulak lap bibir comot dia, haha.. ” – Raf Yaakob
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap tutur kata Hussain, lembut je cakap. Macam tu orang berilmu menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila dah makin lupa diri, buat majlis pun macam saya dah ma ti.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak sampai ke klinik, dah terbersalin dalam kereta dan saya yang sambut sendiri.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Takde orang nak bergaduh dan tak berbaik dengan mak sendiri.. ” – Marissa Dania Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” 3 hari saya tak makan, saya nangis je. Rayyan datang, dia.. ” – Rita Rudaini

