Artis / Selebriti
” Kalau Syazuwan tu perempuan, aku rasa dorang dah peluk-peluk sambil nangis. Sedihnya.. ” – Komen Netizen
Video Azar Azmi menangis dikejutkan dengan kehadiran sahabat baiknya, Syazuwan Hassan setelah 7 tahun tak berjumpa ketika sedang live buat ramai tersentuh. Jatuh juga air mata jantan Syazuwan, touching sangat..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Aurawhite Beauty HQ, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pertemuan kembali antara Azar Azmi dan sahabat baiknya, Syazuwan Hassan. Ini merupakan kejutan yang diusahakan oleh pihak Aurawhite untuk Azar ketika Azar menjadi live host produk tersebut semalam.
Untuk makluman, Azar dan Syazuwan pernah bergandingan dalam siri drama TV, Cinta Fatamorgana sekitar tahun 2018 yang lalu. Mereka menjadi sahabat baik, namun persahabatan itu terputus ketika Azar menghilangkan diri 7 tahun lalu. Tidak hanya peminat yang tercari-cari ke mana Azar tetapi Syazuwan juga hilang sahabat baiknya itu.
Menerusi video ini, kelihatan Azar tidak dapat menahan air matanya sewaktu melihat Syazuwan masuk ke set. Sambil tersenyum, air mata kegembiraan Azar mengalir di pipi. Syazuwan sendiri mengesat air matanya kerana terharu dapat bertemu kembali dengan Azar.

Persahabatan yang tulus dan dapat dirasai oleh semua yang berada di situ. Memetik komen warganet, ini membuktikan Azar tidak pernah mencari sahabatnya itu walaupun kehidupannya dilanda kesusahan. Sebolehnya Azar mengharungi segalanya sendiri sedaya yang boleh.
Jom tonton video di bawah :
@aurawhitehq Suprise dari bestfriend Azar setelah 7 tahun xberjumpa 🥲 #aurawhitebeauty #azarazmi #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 22 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kalau dia dapat jumpa janna nick camne lah eh..bff dia… lagi merambu rasa air mata azar.. 7 tahun tempoh azar hilang tampa jejak.. kawan² pun risau.. semoga ikatan best friend korang kekal.. “
” Jelas azar sebenarnya kosong dan amat rindu kawan2 dia. Dia perlukan sokongan moral dr kita untuk dia bangkit demi anak2.. “
” Nampak sangat azar tak cari kawan-kawan dia masa dia susah.. punya dia xnak susahkan sesiapa, harung je semua sendiri.. “
” Weiii aku mmg kenen tol dia 2 ni dlm drama apa tu nthh tajuknya,,ngam teruk masa tu.. haaa shazuwan hassan.. cinta fatamorgana.. “
” Terus bersahabat setiap insan ciptaan Allah SWT ada ujian masing-masing, jangan mudah menghukum.. aku tgok muka Azar nampak aura dia lain sngt . aku fham perasaan tuu.. “
” Alamak sis termenangis nih. minta dia 2 org berlakon Dan sebagai sahabat.. alhamdulillah.. sorg2 kawan2 artis dtg bg support azar… moga azar terus kuat untuk anak2 dan masa depan.. “
” Kalau syazwan tu ppuan aku rse dyrg dah peluk2 sambil nangis huhu.. ape ni.. dah la lagu pon feeling habis.. sedih pulak sy tegok nie sampai sy tak sedar titiskan airmata.. “
Moment yang menyentuh hati warganet apabila 2 sahabat baik akhirnya bertemu kembali setelah sekian lama terpisah. Semoga persahabatan Azar dan Syazuwan ini berkekalan sampai bila-bila dan bersahabat sampai ke akhir hayat, Insha Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Aurawhite Beauty HQ
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kurang asam budak ni, dia kantoikan aku.. ” – Mawi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kereta teruk juga lah. Airbag semua keluar, itulah hentakkan yang kena muka dengan kaki dia.. ” – Rozi Abdul Razak
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sebak sangat, hanya anak broken family je faham feelings ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Still emotional thinking about last night. Also, so grateful to my.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kan dah cakap dorang shoot video pre wedding sekali. Aww guling-guling dah aku ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku serius terkejut sebab tak expect sedap. Terbeliak jugak aku dengar dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Susah ke soalan ? Meh nak tengok, jangan-jangan soalan 1 tambah 1.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Suara serak Ayden dekat hujung tu win. Sedih pula dengar.. ” – Komen Netizen

