Artis / Selebriti
” Izara, mari sini Izara.. ” – Dato’ Seri Siti Nurhaliza
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza secara spontan memanggil menantunya, Izara Aishah menyanyi bersamanya raih perhatian ramai. Awal-awal tu Izara malu-malu. Bila dah menyanyi, bersorak semua yang menonton..
Menerusi akaun Instagram Media Hiburan, perkongsian sebuah video persembahan Dato’ Seri Siti Nurhaliza di sebuah majlis yang diadakan di KLGCC telah meraih perhatian ramai. Dato’ Seri Siti menyanyikan lagunya berjudul Bukan Cinta Biasa.
Kemudian secara tiba-tiba Dato’ Seri Siti memanggil menantunya, Izara Aishah yang berada di hadapan pentas secara spontan. Izara seolah-olah seperti sudah mengetahui yang dirinya akan diajak menyanyi bersama Dato’ Seri Siti kerana reaksinya yang agak malu-malu.
Namun apabila Dato’ Seri Siti menghalakan mikrofon ke arah Izara, Izara terus menyambung lagu tersebut. Nyanyian Izara mendapat sorakan ramai kerana ini merupakan kali pertama Izara menyanyi di atas pentas di hadapan umum.

Perkongsian video ini telah menerima lebih lapan ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Walaupun Izara bukanlah seorang penyanyi namun jika digilap, pastinya Izara boleh mengembangkan bakatnya kerana Izara mempunyai tone suara yang lembut.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Mereka seronok melihat keakraban Dato’ Seri Siti dan menantunya. Antara komen-komen yang diberikan :
” Husnaaa husnaaa.. ponteng jaga pak mentuaaa eaaa.. Cantiknyeee TokTi.. loveeee sgttt . Kalau dapat mak tiri macam ni mmg indah hidup takde stress2 .. “
” Awhhh. Cantiknya tokti makin muda ye.. Pandai husna nyanyi.. 2 2 cantikkkkk dh mcm adik beradik.. Klu lola yg ajak konfem una tak nak naik.. “
” Hahahahah izara tu lagu tu la dia tu keras kejung hahahah tapi segak x tau nak kata .. Dua2 cantik luar biasa.. Mak mertua ngan menantu sporting habis.. “
” Cantik nyaaa, Terpesona tengok Tok Ti,, simple tapi elegan.. panggil nama pun sedap . aku kalau panggil mesti macam suara tertelan katak.. “
” Cramp pipi aku tersenyum memanjang.. Cepat Balik Husna Nanti Mak Mertua Dr Neraka Beletiaqqq Tak Sudah .. Teruskan berlakon izara.. “
” Haishhh bestnya family ni.. cantik2 org hebat2. Dato Ct awat macam 25 tahun .. Cantiknyaaaa mertua & menantu.. Kuyushhh dah toktii. Cantikkkk.. “
” Panggil nama pun merdu.. bagaimanaaa lahhh.. comel betul.. Dah biasa dgn kamera masih camerashy izara, comel nyanyi walau lirik ke laut … “
Aksi spontan dan penuh kemesraan antara Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan menantunya, Izara Aishah jelas menunjukkan betapa indahnya hubungan mertua dan menantu apabila kedua-duanya bersikap terbuka dan sporting.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti4 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen

