Artis / Selebriti
” Cantik dan sopan tutur kata anak Que Haidar ni. Memang patut disimpan rapi.. ” – Netizen
Video Temubual Anak Que Haidar Dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar Buat Ramai Kagum. Alahai Lemah Lembut Sungguh Ratu Bercakap, Sopan Santun Je. Dah Lah Cantik, Anak Yang Baik Dan Patuh Orangnya !!
Pasangan sama cantik sama padan, Que Haidar dan Linda Jasmine antara pasangan yang bersih daripada sebarang kontroversi. Dikurniakan 2 orang anak perempuan, kedua-duanya membesar menjadi anak gadis yang cantik dan manis wajahnya.
Meninjau akaun Tiktok Majalah Wanita, telah dikongsikan satu temubual antara pihak wartawan bersama Linda dan anak sulungnya, Tengku Ratu. Untuk makluman semua, Que Haidar dan Ratu merupakan wajah ekslusif bagi busana jenama Qierahman.
Dalam temubual ini, Linda mendedahkan Ratu tidak mempunyai akaun media sosial walaupun sudah berusia 15 tahun. Ini kerana Linda dan Que mahu mengelakkan kecaman daripada warganet. Kata Linda lagi, mereka amat takut pada kecaman dan ini langkah yang terbaik untuk melindungi anak mereka itu.

Ratu pula tenang dan matang sahaja jawapannya ketika menjawab soalan ini. Bagi Ratu, dia okey sahaja tanpa media sosial dan berharap suatu hari nanti dia akan memiliki akaun sosial sendiri. Yang membuatkan warganet kagum adalah Ratu menurut sahaja tanpa sebarang protes. Anak yang baik lah Ratu ni, untung Que dan Linda.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@majalahwanita Tengku Ratu Haidar tak ada media sosial. Apa2 pun Ratu sangat2 cantik #wanita #utusantv #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #tengkuratu #qierahman
@majalahwanita Tengku Ratu baru nak masuk 15 tahun, gembira dapat izin ibu & ayah masuk industri hiburan #wanita #utusantv #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #tengkuratu
Lebih 60 ribu tanda suka daripada warganet setakat ini direkodkan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Cantik dan sopan tutur katanya.. memang beradap sopan anak QUE ni.. all the best to you Ratu. be beauty with brain okay.. ”
” Cantik btul ank dara que haidar.. da bsar mkin cntik.. parents dia tak tayang sgt mcm jadikan model la apala time usia mudanya… bagus sgt.. ”
” My god. she is so polite. Mmg ptt di simpan rapi ank dra ni.. cntik sgt. Mana nak cari anak yang patuh arahan macam ni.. ”
” memang patut parents dia simpan baik2 sbb cantik sgt.. nmpk dia telus… gaya budak baik2.. ”
” Matured walaupun baru 15 tahun. So well behaved and gentle.. Compared to the rest I’ve seen… Congratulations mom and dad.. ”
” Anak perempuan Que Haidar lawa2, sbgai ayah mmg ptt dia overprotective, utk melindungi anak2.. mak ayah dia tau dunia luar. tht why dorg pantau ank ank.. ”
” cantik sgt anak Haidar.. cara Tengku ratu berckp nmpk bersopan… mgkn cara didikan ibubapanya.. dan saya suka Linda berckp dlm bahasa melayu.. ”
” The way she believes to her parents .. Great child.. Bagusnya ni kalau aku ni xda media sosial dulu kena cop anti sosial.. ”
Bagusnya Ratu ini, dalam jiwanya dia menanamkan kepercayaan yang penuh kepada kedua ibu bapa. Apa yang dirasakan baik oleh Que dan Linda, itu juga lah yang terbaik untuk Ratu. Semoga Ratu sentiasa menjadi anak yang menyenangkan hati orang tua dan anak yang solehah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Majalah Wanita
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti6 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kakak saya dapat inspirasi dari.. ” – Irfan Haris

