Artis / Selebriti
” Respect pandangan dia, semua orang ada limitation.. ” – Netizen

Video Ajai Menjawab Isu Kembali Berduet Bersama Nourul Depp Raih Perhatian Warganet. Bukan Sebab Gaduh Tetapi Ada Sebab Lain Yang Mustahil Untuk Kembali Berduet. Salute Dengan Pendirian Ajai Ni !!
Ajai dan Nourul Depp pernah bergelar pasangan suami isteri suatu masa dahulu, namun dek kerana jodoh mereka tidak panjang, ikatan itu akhirnya terlerai. Namun mereka tetap berhubungan baik demi anak perempuan mereka, Ayu. Bermula dari detik itu, tiada lagi lagu duet antara Ajai dan Nourul.
Meninjau akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan satu video temubual antara Ajai dan wartawan. Dalam perbualan ini, Ajai menjawab pertanyaan mengenai jika ada gandingan duetnya bersama Nourul. Ini kerana Ajai memilih artis lain untuk muncul bersama dalam konsertnya yang dijadualkan pada bulan Ogos nanti.
Kata Ajai, dia ada pendiriannya sendiri dan bukanlah dia sombong. Bagi Ajai, mustahil untuk dia kembali berduet bersama Nourul kerana Ajai sendiri tidak merasai adanya vibes antara mereka. Pada Ajai, jika tiada chemistry, hilanglah kejujuran dalam sebuah persembahan.
Ajai turut menegaskan, dia dan Nourul okey sahaja dan mereka tidak pernah bergaduh sehinggakan tidak boleh bekerjasama. Cuma untuk waktu sekarang, itu pendirian Ajai dan jika ditakdirkan pada masa akan datang terdetik untuk berduet dengan Nourul, dia terima.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Suara ajai dan nurul mmg harmoni kalo berduet.. harmoni mereka sgt best sampai dlm hati kita yg dgr.. mmg looking forward be pro. demi peminat.. ”
” Betul kata-kata Ajai tu.. tak perlu lah.. ada hati yang perlu dijaga dan dihormati.. Masing2 dah move on dan dah kawin… baik tak payah.. ”
” Setuju dengan Ajai, elok tak payah.. atas pentas kena ada saling memahami atau saling menerima dan memberi waktu nyayi sm2 baru ok lagu yg d bwa.. ”
” Respect pandangan dia, semua org ada limitation.. Rindu nk tgk dorg nyanyi same sama, kalu dorg seperti shanaaz dan nabila mesti boleh nyanyi same.. ”
” Moga one day akan ada duet Ajai dan Nurul.. saya tetap minat mereka berdua.. nurul tu suara dia high, best dengar.. ”
” dorang professional. bercerai dulu tak de kutuk-kutuk, tak de salahkan satu sama lain. masing-masing pun dh bahagia sekarang.. ”
” Bagus Ajai ni, bukan tangkap muat je. Banyak benda yang perlu dipertimbangkan.. sekarang mungkin xperlu lah.. jaga dan hormati hati insan tersayang dulu.. salute lah Ajai.. ”
Betul kata Ajai, untuk menyanyi di atas pentas perlukan jiwa dan penghayatan. Jika vibes nya tidak dirasai, yang mendengar pun tak akan rasa feel dengan nyanyian mereka. Apa-apa pun, semoga projek Ajai bersama artis pilihannya akan berjaya dan berjalan dengan lancar.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, IG Ajai, IG Nourul Depp
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti16 hours ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Qalqalah, makhraj, tajwid superb. Saya yang ikut baca pun tak sempat nafas, tercungap-cungap dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Aku pula sebak dengar Ayden jerit panggil YB.. ” – Komen Netizen