Connect with us

Artis / Selebriti

” Ingat Aina Abdul tadi, body movement serupa.. ” – Netizen

Lagi Video Parodi Aina Abdul Ketika Di AJL38 Buat Ramai Tidak Kering Gusi. Sekali Pandang Ingatkan Aina Abdul Tadi. Gaya Menyanyi Dan Pegang Mikrofon Tu Memang Sebijik Macam Aina. Wajah Pun Ada Iras !!

Sejak persembahan unik Aina Abdul di pentas Anugerah Juara Lagu 38 menjadi perhatian, semakin ramai yang membuat parodi dengan menghasilkan busana ranting dan daun pokok seperti Aina. Terbaru di akaun Instagram Roti Kaya, ada satu lagi video parodi dihasilkan.

Video parodi kali ini membuatkan ramai terhibur kerana gaya dan persembahannya sangat sama dengan Aina. Malah gaya memegang mikrofon juga seperti Aina. Wah, betul-betul menjiwai perwatakan Aina ni. Mesti peminat tegar Aina.

Klik gambar untuk info..

Seperti parodi yang lain, untuk busana seperti Aina sememangnya mereka akan menggunakan ranting pokok yang sebenar dan diolah seperti busana Aina. Video ini juga disunting dengan turunnya daun-daun seperti persembahan Aina di pentas AJL38.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 1 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Memang kreatif betul ye rakyat Malaysia ini dalam menghasilkan video parodi. Apa-apa pun memang kelakarlah parodi Aina ini.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai juga yang ingatkan ini adalah Aina tetapi ternyata bukan. Antara komen-komen yang diberikan :

” Ingat aina abdul yg betul.. tengok pasal performing tepi pintu je.. Cara pegang mic pun sama.. Aku tgh tggu part terbang ni xd pon.. “

” Ingt kan aina abdul tadi.. Wahhhh power , Bukan body je, mulot, pegang mic semuaaa lah on point . Sape punya pokok ranting ko rembat tu weyy.. “

” Haha body movement serupa.. Ni bkn Aina Abdul, nie Aina Aduh aduh aduh duh duh duh….. kembar terpisah ke ni same la .. “

” Sape pny keje cmni..aduhhhhh hahaha siot la korg.. Ade 1 jer tertinggal… Pokok terbang… Mantapp… Suara dia lagi sedap dari Aina Abdul.. “

” Kalau tambah prop lagi mesti lagi sebijik. Muka part mata pun sama.. lengan baju basah lincun tu.. baru pas basuh pinggan ka.. “

” Yg tak menahan muka dia pun dah hampir nak sama dah .. sekilas tgk ak pkir aina tgh rehearsal smbil2 test baju.. sangatt membuat research yaaa on aina’s gestures.. “

” Ni ada team juga ke yang buat baju? Ranting pokok betul kan tu.. cara bukak mulut gaya nyanyi dh sebijik aina abdul.. “

Klik gambar untuk info..

Agaknya apa reaksi Aina kalau menonton video parodi ini. Mahu tidak kering gusi dibuatnya. Setiap tahun ada sahaja parodi yag dihasilkan inspirasi daripada busana Aina. Sememangnya keunikan Aina itu sentiasa menjadi perhatian ramai.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Roti Kaya

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT