Artis / Selebriti
” Keras perut aih tengok, ni betul-betul tree of life. Nangis Aina tengok ni.. ” – Netizen
Perkongsian Video Parodi Ala Aina Abdul Di AJL38 Oleh Hadrey Ali Buat Warganet Terhibur. Amboi, Bersungguh Betul Effort Dia Ni. Dengan Segala Ranting Dan Daun Kering Dia Kutip. Aina Versi Rahmah, Hehe !!
Sekali pun Anugerah Juara Lagu 38 sudah pun beberapa hari berlalu, namun warganet masih lagi bercakap mengenai keunikan dan kehebatan persembahan finalis AJL38 kali ini. Antara yang paling mencuri perhatian tentu lah persembahan Aina Abdul yang tampil dengan fesyen peliknya.
Meninjau akaun Tiktok Hadrey Ali atau pun lebih dikenali warganet sebagai Diva H.A, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Hadrey merakamkan parodi Aina versinya yang tersendiri. Temanya sama, menggunakan ranting-ranting dan daun kering sebagai baju dan aksesori.
Tetapi yang ini versi bahan semulajadi dan low bajet seperti kata warganet. Lagi menarik, parodi ini dibuat di kawasan kebun kelapa sawit. Ekspresi muka Hadrey dengan ‘baju ranting’ itu membuatkan warganet yang melihat rasa terhibur.

Kalau Aina versi terbang ke atas, yang Hadrey ini pula versi mengail ikan. Dah macam pokok pisang bergerak menanti hendak tumbang pula apabila daun-daun pisang kering dijadikan baju seperti itu. Aina juga turut repost video ini di Instastory miliknya, tentu Aina pun tergelak sama melihat gelagat Hadrey.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@diva.h.a jangan mati rasa itu 🥺🥺 #ainaabdul #ajl38 #tiktokmalaysia #fyp #mv #musicvideo #nature
Lebih 77 ribu tanda suka telah pun direkodkan sehingga kini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Aku memang tunggu dia buat parodi Aina Abdul, finally haha.. Gigih kutip ranting-ranting dan daun-daun kering ya.. ”
” Ni bakar auto menyala terus haha.. Aina abdul AJL38 versi low budget haha. berdekah betul lah tengok Diva H.A ni.. ”
” Nangis Aina Abdul tengok ni, ranting ori weh haha.. dah macam pokok pisang bergerak pulak aku tengok kau bang.. ”
” Real nature budget.. Aina Abdul versi kebun bapak, lucu betul la dengan daun pisang pun diangkut jadi baju haha.. kreatif.. ”
” Ni yg aku tggu²…. adoiii la sakit perut gelak oiii.. versi Rahmah ni. kutip je apa yg ada kat blkng umah.. ”
” Dah start dah abang ni.. berdekah aku dengan ranting-ranting pokoknya laa haii.. kalau ada kerengga tau la dia hahahaa mendapat.. ”
” Siap mengail dekat parit lagi haha.. lagi real dekat kebun terus haha.. reyau Aina Abdul tengok kau bang.. ”
” Hilang stress akak lipat baju tadi tengok ko dik.. cukup dengan ranting dan daun pisang tua.. real ranting tu tak tahannya.. diva H.A memang terbaik lah.. ”
” Keras perut aih tengok, ni baru betul baju ranting.. Kutip belakang umah je eh.. jimat banyak ni.. ni betul-betul tree of life.. ”
Antara parodi yang kreatif daripada Hadrey setakat ini. Ideanya menggunakan segala tumbuhan kering tu memang kreatif. Ada sahaja ideanya untuk menghasilkan video parodi yang mencuti hati. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga semua pembaca juga turut terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Hadrey Ali
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time dengar lagu Injit Injit Semut sedap macam ni. Alahai lenggoknya bukan main.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden



