Connect with us

Artis / Selebriti

” Berdekah weh tengok, ni habislah ranting bunga mak dia kebas, haha.. ” – Netizen

Video Parodi Persembahan Aina Abdul Di Anugerah Juara Lagu 38 Oleh Seorang Wanita Buat Warganet Terhibur. Fuh Awal Buat Kerja. Semangat Betul Kutip Ranting Tengah Malam Buta. Part Nak Terbang Tu Lawak. Tak Naik-Naik Sampai Ke Sudah, Haha !!

Setiap kali Aina Abdul muncul dalam apa jua pertandingan, pastinya fesyen yang digayakan oleh Aina menjadi perbualan ramai. Fesyen Aina sangat unik dan ada kalanya di luar kotak pemikiran. Itu yang membuatkan warganet ternanti-nanti penampilan Aina.

Meninjau akaun Tiktok Shaza Shifaa, telah dikongsikan satu video yang memaparkan video parodi oleh seorang wanita bernama Shaza Shifaa. Wanita ini memang selalu tampil dengan parodi melucukan dan Aina salah seorang artis yang selalu menjadi bahan parodinya.

Sebagaimana penampilan Aina di Anugerah Juara Lagu 38 yang memakai baju seakan pokok kayu yang dipenuhi dengan ranting-ranting dan juga akar-akar sedang bergerak, wanita ini juga membuat seakan-akan baju Aina. Dengan kesungguhan yang ada, dikutip ranting-ranting kayu sekali pun masa sudah larut malam.

Yang tukang merakam pun lawak dan menggeletek hati. Ala-ala hendak memperlihatkan penyanyi diangkat naik ke atas seperti Aina tetapi lain dibuatnya. Kamera pula yang makin lama makin tinggi, parodi yang mencuit hati dan membuatkan semua tergelak menontonnya.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) 

@shazashifaa17

She mengembara ke belantara la kekdahnya demi ranting ranting 🍁🍂🤎 sikit lagi nak shoot paranormal 👻 #AJL38 #AinaAbdul #JanganMatiRasaItu #JMRI #Parody

♬ original sound – shazashifaa – shazashifaa

Sehingga kini, lebih 35 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Ingatkan nak buat content paranormal tadi haha. Berdekah weh tengok, ni habislah ranting bunga mak dia kebas haha.. ”

” Dah agak dah, mesti ada yang buat video pasal baju Aina Abdul haha. Aku mmg tunggu dia nie buat prody ttg aina abdul, dia mmg pntas ehh.. ”

” Cekap betul buat kerja, malam-malam buta dah kena kutip ranting haha. Crew nak bagitahu pun tak sampai hati apa punca tak naik-naik haha.. ”

” Bukan tak nak baik, tak boleh naik haha.. Dik ranting-ranting mana dapat malam-malam ni haha.. usaha betul.. ”

” Upacara kewajipan setiap tahun selepas AJL eh sis haha.. Paling awal ni parody. yang lain masih mengutip ranting haha.. ”

” Haha mana kutip ranting malam-malam ni sis hehe.. Gaya macam Aina tapi muka macam najwa latiff.. ”

” Ni mesti kul 12.30 malam dah cari ranting kayu. Ni lepas Aina perform terus buat ke apa haha.. Yang pegang kamera okay ke.. ”

Memang salute lah dengan Shaza Shifaa ni, rela mencari segala ranting kayu semata-mata hendak nampak seperti Aina. Kalau Aina tengok pun tentu tergelak sama. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga semua pembaca juga turut terhibur.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Shazashifaa, IG Tv3 Malaysia

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT