Artis / Selebriti
” Macam tu je Nubhan buli-bulikan mak dia, haha.. ” – Netizen
Video Ibu Nubhan, Mak Jenny Bersama Kerusi Roda Elektik Buat Warganet Terhibur. Nasib Lah Mak Jenny Dapat Anak Suka Menyakat Macam Nubhan. Lawak Part Mak Jenny Kena Gula-Gula Dengan Si Nubhan, Haha !!
Menerusi akaun Tiktok Nubhan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi Mak Jenny ketika Nubhan membawa pulang kerusi roda elektrik yang boleh dikawal dengan remote control. Nubhan menggelarkan kerusi roda ini sebagai kerusi turbo.
Kata Nubhan, kerusi ini dibeli khas untuk memudahkan Mak Jenny sepanjang percutian mereka di Turki. Untuk makluman, pada waktu ini mak Jenny sudah pun berada di Turki dan video ini adalah kejadian sebelum mereka bertolak ke sana.
Riuh suasana dengan suara gelak ketawa Nubhan dan mak Jenny. Nubhan yang suka mengusik mak Jenny lagi menyakat kerana tahu mak Jenny takut terbalik. Ini kali pertama mak Jenny naik kerusi roda seperti ini, rasa teruja dan gayat tu memang ada.

Kena pula Nubhan menggerakkan kerusi itu dengan laju, lagi menjerit-jerit mak Jenny. Awal-awal je mak Jenny muka cuak akhirnya nampak seronok duduk dan kawal sendiri kerusi roda itu. Sempat beritahu Nubhan hendak ke kedai naik kerusi rodanya tu. Lawak betul lah mak Jenny ni.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@nubhan86 Kerusi turbo mak jenny khas utk trip turki🤣🤣🤣 #fypシ #omakjenny #nubhan #fyp
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 115 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sorry mak jenny, saya tergelak besar haha. cute lah mak jenny ni.. sampai terbatuk batuk sy ketawa.. ”
” Ponek eh den golak.. kesian mak jenny digula-gulakan. Trsenggut². Lepas dia da terer. Dia tgglkn kite lak haha.. ”
” Kul 4 pg aku tekekeh tgok mak jenny ni haaa.. Alahai comelnya mak Jenny. bestnya.. nak jadi cam nubhan.. dia sentiasa ratukan mak dia.. ”
” Adoiilh.. sak1t perut. mak jenny. dahlah cute.. sempoi nubhan n mak jenny… semoga bahagia sampai syurga.. ”
” Maafkan saya mak jenny, den tergolak bosau dek nengok mak jenny naik kerusi roda auto.. ”
” Macam Tu je nubhan buli-bulikan mak dia.. Aku tk bolh la dengan nubhan ni.. Adoi den hilang nafas gelak . Maaf ye omak jenny.. ”
” Omak pun pecayo kosi tu buleh bercakap.. siap bagi arahan ikut kato nubhan. saba yolah omak jenny.. ”
” Mak Jenny, saya minta maaf. Semua video mak Jenny, semua saya ketawa besar.. mcmtu je makjenny kne gula² dgn nubhan w/chair boleh dgr klau omak ckp… pdhl remote kt tgn sbelah tu haa mak jenny.. ”
Seronok warganet melihat gelagat Nubhan dan Mak Jenny. Patut lah murah dan melimpah ruah rezeki Nubhan kerana melayani mak Jenny bak permaisuri. Apa-apa pun, mak Jenny memang mak paling sporting dan buat semua yang menonton video ini ketawa besar. Terus sihat dan ceria yer Mak Jenny.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Nubhan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring



