Artis / Selebriti
” Cakap dengan dia, Dekta minat dengan dia tau, okey.. ” – Thalita
Video perbualan Thalita dengan Shuib Sepahtu ketika live mengenai impian Thalita untuk belajar vokal dengan seorang penyanyi raih perhatian ramai. Wah tak sangka penyanyi ini yang Thalita minat sangat. Shuib cakap dia pernah ajar arwah Siti Sarah juga..
Anak perempuan Shuib Sepahtu, Thalita semakin bersemangat untuk terus berlatih dan mengejar impiannya untuk menjadi penyanyi hebat seperti arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin. Thalita berjanji untuk lebih bersungguh-sungguh dan selalu membuat latihan.
Menerusi akaun Tiktok Ernienator.my, telah dikongsikan satu video yang memaparkan live Shuib bersama Thalita. Shuib memberitahu Thalita perlu belajar dengan guru vokal untuk memantapkan lagi vokalnya itu. Siti Sarah dulu juga pernah belajar vokal bersama Ernie Zakri.
Rupa-rupanya Thalita juga meminati Ernie dan menyimpan hasrat untuk berguru dengan Ernie. Shuib bersetuju jika Ernie menjadi guru vokal Thalita dan menyifatkan Ernie adalah penyanyi yang hebat. Shuib memberitahu Thalita, selepas mereka selesai live, Shuib akan menelefon Ernie untuk memberitahu hasratnya itu.

Thalita begitu teruja apabila Shuib menyuruh Thalita untuk bercakap sendiri dengan Ernie. Siapa yang tidak meminati Ernie, antara penyanyi yang bersuara emas dan menjadi kesayangan ramai. Jika Thalita berlatih bersama Ernie, confirm semakin gempak vokal Thalita selepas ini.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@ernienator.my Dulu arwah ibu belajar vokal dengan kak ninie, sekarang thalita pun nak belajar jugak ngn Ernie 😍♥️ #erniezakri #sitisarah #shuibsepahtu #dekta #thalita #umai #livehighlights #tiktoklive #fyp #fypviralシ #xyzbca
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lenbih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Thalita pun minat Kak Ninie.. tapi kan siapa je yang tak minat Ernie. takkan tidak love.. kita setuju kalau Ernie yang latih Thalita.. “
” Ernie ni penyanyi sesumpah. kenapa saya cakap sesumpah? sebab setiap kali keluar lagu baru saya susah nak predict tu erni. sebab ton suara berubah2 mengikut lagu.. “
” Setuju.. Ernie ni cikgu vokal dan penyanyi yang hebat masa kini.. tokti pun admire dengan ernie.. “
” Wah tak sabar nak tunggu kak ninie ajar dekta vokal.. Ernie memang suara best dan terbaik.. dekta nak ikut jejak langkah ibu.. “
” Sape je tak minat Ernie.. semua minat ernie.. tapi part dekta ni sumpah la nangis.. dh banjir air mata.. “
” Ish cara bercakap macam arwah ibu dia lah thalita ni.. setuju Ernie latih thalita.. ernie bagus dan boleh asah vokal thalita.. “
” Terbaik thalita pilih Ernie zakri.. Setuju sgt.. guru vocal merangkap penyanyi yg hebat masa kini.. “
Ramai yang sudah tidak sabar untuk mendengar Ernie melatih Thalita. Pasti Thalita akan dapat mengasah dan memperbaiki mutu vokalnya dengan adanya Ernie. Semoga semua perancangan Shuib untuk Thalita dipermudahkan dan Thalita dapat mencapai impiannya menjadi seorang penyanyi.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ernienator.my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

