Artis / Selebriti
” Bukan niat nak meriak atau bangga diri. Tetapi sesungguhnya.. ” – Datin Shahida
Video Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida di Majlis Penyerahan Zakat telah raih perhatian ramai. Wah banyak betul jumlah bayaran zakat tu, terkejut tengok..
Nama Dato’ Aliff Syukri atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Papa Laris’ adalah seorang usahawan kosmetik yang dikenali ramai. Dato’ Aliff sering menjadi viral di media sosial dengan idea ‘marketing‘ yang dibuatnya hingga berjaya menarik perhatian ramai.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik isteri Dato’ Aliff iaitu Datin Shahida, telah dikongsikan video yang memparkan pasangan ini hadir di sebuah majlis penyerahan zakat. Menerusi video itu, turut serta bersama Dato’ Aliff dan Datin Shahida adalah anak sulung mereka, Ammar Ahyan.
Dato’ Aliff dan Datin Shahida telah menyerahkan bayaran zakat berjumlah 1 juta ringgit kepada Lembaga Zakat Selangor. Tulis Datin Shahida di ruangan kapsyen, perkongsian ini bukan lah niat untuk riak ataupun membangga diri, namun ianya adalah sebagai semangat kepada semua individu atau pun syarikat-syarikat di luar sana yang mempunyai lebihan pendapatan untuk sama-sama memberikan zakat.

Perkongsian oleh Datin Shahida tersebut telah mendapat perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa kagum melihat kejayaan pasangan ini. Bahkan ada juga mendoakan semoga Dato’ Aliff dan Datin Shahida akan terus dimurahkan rezeki selepas ini.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antaraa komen-komen menarik adalah :
” Tabarakallah.. Tahniah Dato dgn Datin.. Inspirasi.. Semoga Allah rezekikan kami semua merasa dapat zakatkan satu juta macam macam awak Tok.. “
” Rakyat malaysia jangan pernah berhenti support dan beli produk muslim tempatan. Moga ramai lagi usahawan muslim menunaikan kewajipan zakat.. “
” Tahniah Dato dan Datin. Setiap tahun menjadi antara penyumbang zakat terbesar di Selangor. Semoga kewajipan ini berterusan dan kebaikan kalian menjadi asbab dipermudahkan urusan di akhirat kelak.. “
” Korang jom kita support perniagaan Dato dan Datin.. Semoga Dato & dan terus maju jaya, dilimpahkan rezeki melimpah ruah & diberikan kesihatan yg baik.. Amiinn.. “
” Suka tgk dia org ni berbisnes,riak pun xpe sbb depa ni berzakat .Alhamdulillah. Tak lari dr tanggungjawab sbb tu rezeki melimpah ruah.. “
” Tabarakallah “segala puji bagi Allah” tak sia² selama ni sy support product Dato’ & Datin ..semoga diluaskan rezeki diberkati Aamiin yra.. “
” Antara sebab dato & datin sentiasa ducucuri rezeki…. Terbaik.. Itu lah penting nya orang islam kene jadi kaya… so that boleh bantu banyak lagi org2 islam yg susah.. “
Banyak sungguh jumlah yang dikeluarkan oleh pasangan ini untuk bayaran zakat perniagaan mereka. Apa-apa pun, terbaik lah Dato’ Aliff dan Datin Shahida. Semoga perkongsian oleh Datin Shahida ini memberikan inspirasi kepada semua usahawan di luar sana.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby tak tau serum tu untuk glowing. Baby ni bukan perempuan, baby ni laki.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jarang dapat dengar luahan seorang bapa tunggal. Ayah yang sangat bertanggungjawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cenggitu je you ‘heyhhh’ kan MIL you Trice. Kelakar betul ini mertua and menantu.. ” – Komen Netizen

