Artis / Selebriti
” Walaupun kita tengok rasa kelakar, tapi terbaik lah Pak Azad menghargai pemberian anak.. ” – Komen Netizen

Video Pak Azad kongsi hadiah yang diberikan oleh anak bongsunya raih perhatian ramai. Alahai comel betul dompet baru Pak Azad tu. Anak dah beli, kena pakai yer Pak Azad, hehe..
Meninjau di akaun Instagram milik radio Era, telah dikongsikan video yang memaparkan Pak Azad sedang berborak bersama Radin. Menerus video itu, Pak Azad ada menunjukkan dompet duitnya kepada Radin. Kata Pak Azad, dompet tersebut adalah hadiah daripada anak bongsunya.
Namun, apa yang mencuit hati adalah corak pada dompet tersebut. Kelihatan pada dompet Pak Azad mempunyai kartun Kuromi. Kata Pak Azad kepada Radin, memandangkan dompet itu dibeli oleh anaknya, dia perlu memakainya. Mendengar apa yang dikatakan oleh Pak Azad, Radin turut berdekah ketawa.
Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet. Selain mengatakan terhibur melihat dompet Pak Azad, ramai yang memuji sikap Pak Azad. Komen warganet, Pak Azad seorang bapa yang penyayang dan menghargai pemberian anaknya.
Selain itu, seloroh warganet mengatakan suatu hari nanti, jika Radin berkahwin dan mempunyai anak, dia juga akan melalui situasi seperti Pak Azad. Sehingga kini, video Pak Azad berkongsi dompet barunya itu telah menerima ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Walaupun kita tengok rasa kelakar, tapi terbaik lah Pak Azad menghargai pemberian anak.. Memang seorang ayah yang penyayang lah.. “
” Azad, Hairul, Nabil memang nampak parenting dengan anak-anak.. Mesra dan layan layan anak sangat2 mesra.. Rapat sangat2.. “
” Terbaik lah Pak Azad menghargai pemberian anak dia yang kecik.. Ni fav karaktor kartun anak saya ni.. Benda semua nak kuromi, hahaha pening.. “
” Hahahaha Pak Azad, nanti suruh anak beli baju kuromi plk.. G kerja pakai baju baju kuromi baru style habis Pak Azad, hehe.. “
” Anak beli mesti kena pakai, hahha.. Good daddy lah Pak Azad.. Radin kau tggu kau lepas kahwin.. Nanti ada anak baru kau tahu lah, haha.. “
” Hahaha kuromi lagi ok dari labubu.. Hahaha budak2 sekarang macam2 yer.. Btw cute betul hadiah anak Pak Azad bagi tu.. “
” Sekurang2nya dia beli yg background grey… Dibuatnye dia beli background pink, nk bayo lunch nnt buat2 tggal wallet la nampaknye.. “
Alahai comel sungguh dompet baru Pak Azad. Bak komen warganet, walaupun dompet tersebut membuatkan kita ketawa, namun sikap Pak Azad yang sangat menghargai pemberiannya anaknya itu selayaknya mendapat pujian. Pak Azad sememangnya seorang bapa yang baik.
Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je, TikTok era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pandai Bella jawab, good answer. Keep going strong Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dengan papa sekali terasa hina. Terbahak lah aku dengan ayat Amayan ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terkantoi pulak dah, ni bukti kukuh ni. Manja betul dengar Bella panggil YB macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bunyi batuk daddy tu yang mahal, dah pandai ajuk daddy ye Zara, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedihnya, apa perasaan ex husband Erma dengar macam tu ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Legend la Ayash, dia boleh ingat lirik. Lagu tak boleh bawa bincang pula tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Sedihlah, menitis air mata bila dengar dia cakap suami dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Meremang dengar suara dia, serius merdu. See, yang pernah dia kecam dulu.. ” – Komen Netizen