Connect with us

Artis / Selebriti

” Boleh tercabut tangan bakal mummy Matin tu, haha.. ” – IG Inaijari

Video Anak Lelaki Shuib Sepahtu, Ariq Mateen Bersama Bakal Mummynya, Watie Hanifiah Berpimpinan Tangan. Alahai Manja Betul Mateen Dengan Watie, Bersungguh Mateen Tarik Tangan, Tak Lepas !!

Hanya beberapa jam sahaja lagi berbaki untuk pasangan sensasi, Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah disatukan sebagai pasangan suami isteri. Majlis mereka ini mendapat tajaan bernilai lebih 1 juta ringgit dan ramai yang menanti untuk melihat kemeriahan majlis Shuib dan Watie ini.

Pada minggu lalu, majlis khatam Al-Quran dan majlis berinai telah pun diadakan. Kedua-dua majlis tersebut terpaksa dilakukan awal kerana jadual kerja Shuib yang padat. Dapat dilihat anak-anak Shuib sangat akrab dengan bakal mummy baru mereka ini.

Meninjau akaun Instagram Inaijari, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anak ketiga Shuib, Ariq Mateen ketika bersama Watie. Melihat kepada persekitaran mereka, ianya dewan yang bakal berlangsungnya majlis pernikahan nanti.

Mateen berpimpinan tangan berjalan dengan Watie dan dapat dilihat gelagat manja Mateen apabila bersama Watie. Bukan main Mateen menarik tangan Watie, boleh tercabut tangan mummy tu Mateen. Langsung tidak mahu dilepaskan tangan Watie.

Jom tonton video di bawah :

Pastinya ramai yang seronok melihat kemesraan antara Watie dengan anak-anak pen1nggalan arw4h Siti Sarah ini. Tidak putus doa daripada warganet agar Watie dapat memberikan sepenuh kasih sayang dan menjadi seorang ibu yang terbaik untuk anak-anak ini.

Tentu selepas ini, Shuib pun kena banyak beralah kerana anak-anak semua suka berkepit dengan Watie. Apa-apa pun, semoga majlis akad nikah Shuib dan Watie yang bakal berlangsung selepas ini berjalan dengan lancar dan segalanya dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Inaijari, IG Watie Hanifiah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT