Connect with us

Artis / Selebriti

” Boleh tak ambil gambar, dengan suami sekali boleh ? ” – Peminat Bella Astillah

Video reaksi Bella Astillah dan YB Syed Saddiq apabila ada peminat mengatakan ingin bergambar dengan Bella dan ‘suami’ buat ramai terhibur. Wah laju je YB Saddiq respon, blushing teruk Bella dibuatnya, hehe..

Meninjau di akaun TikTok milik nelny777, baseemaelhaura dan syaheera.s, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan penyanyi dan pelakon terkenal, Bella Astillah bersama tunangnya, YB Syed Saddiq. Menerusi perkongsian tersebut, pasangan ini dilihat berada di Sabah bagi menjalankan misi bantuan di Sandakan.

Difahamkan, misi agihan bantuan itu dilakukan khusus untuk membantu mangsa-mangsa kebakaran yang terjejas. Kehadiran Bella dan YB Syed Saddiq jelas menunjukkan keprihatinan mereka dalam menyantuni golongan yang memerlukan serta meringankan beban yang ditanggung oleh penduduk setempat.

Sepanjang berada di sana, kedua-duanya turut meluangkan masa beramah mesra dengan orang ramai. Sikap mesra dan rendah diri yang ditonjolkan membuatkan mereka mudah didekati dan mencuri perhatian ramai yang berada di lokasi tersebut.

Namun begitu, satu momen mencuit hati turut menjadi tumpuan apabila seorang peminat tampil meminta izin untuk bergambar bersama Bella. Apa yang lebih menarik, peminat tersebut turut berseloroh dengan menyatakan hasratnya untuk bergambar bersama Bella dan ‘suami’ Bella.

Tonton video-video di bawah ini :

@nelny777

Misi ini belum selesai… setiap langkah penuh keikhlasan. Hanya Tuhan yang mampu membalas segala kebaikan Bass ❤️🙏🏻 #bellaastillah #syedsaddiq #bantuan #sandakan

♬ original sound – ᒎ777🕊️ – ᒎ777🕊️

@baseemaelhaura

Agihan bantuan utk mangsa kebakaran di Sandakan oleh Bella dan yb serta team Baellova #bellaastillah #syedsaddiq #bella #fypp #fyp

♬ original sound – NICHXVIBES ⚡ – NICHXVIBES ⚡

 

@syaheera.s

dia mari ngan suami pulak hahah tolongggg ini terlalu comel 😂🤏🏼 #bellaastillah #syedsaddiq #BASS #teambass #fyp

♬ suara asli – 🌺🌸★★Nayyara Q.★★🌸🌺 – 🐣~Nayyara Q.~🐙🌻

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video-video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Nyampah la wat aku senyum sorang2.. Khawin nnti jgn lupe jemput kite ye .. Hahahhaa penat dah ni senyum2.. “

” Lepas bertunang ni, makin sweet eh.. Diorang yg nak kawen mummy yang qasa happy semacam… Chomelll.. “

” Dorang ni tak payah post sweet2 pon, org lain da tolong postkan. Nampak sangat sentiasa sweet2 ni.. Hhahaha.. “

” Arghh blusshingggg.. YB pun sekarang ni lepas bertunang dah tak cover dah kalau cakap pun, hehehe.. “

” Aku berulang ulang nengoknya.. Aku plak yg blushing lebih.. Bahagianya rasa bila dorg bahagia.. Moga semuanya dipermudahkan urusan pasangan ni.. “

” Awwwww kite lak sengih² .. Husb tanya apa sengih² tuuu adoiii punca betul BASS neh.. Oitt stress aku hilang tgok video ni haha blushing..  Happy for them.. “

” Aku sampai tersembur air Milo aku hahahaa.. Adoi YB ni lawak giler.. Tak sangka dia boleh cakap macam tu.. Hahhahaha.. “

Mendengar permintaan itu, YB Syed Saddiq secara spontan mengiyakan sahaja dengan menyatakan dirinya sebagai suami Bella. Jawapan bersahaja tersebut membuatkan Bella tidak dapat menahan ketawa dan blushing pipi Bella dibuatnya. Nampaknya ramai yang tak sabar detik YB Syed Saddiq bergelar suami kepada Bella.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok nelny777, baseemaelhaura, syaheera.s

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific

Trending

Copyright © Berita Kopak