Artis / Selebriti
” Boleh dia nyanyi tak nangis, berat lirik tu seperti jalan cerita hidupnya.. ” – Netizen

Video Ernie Zakri Request Bella Astillah Bersama-Sama Menyanyi Lagu Masing-Masing Buat Ramai Tersentuh. Sebak Dengar Suara Bella Menyanyi Lagi Ni. Lirik Yang Kena Dengan Hidup Bella, Sangat Menyentuh Hati !!
Meninjau ke akaun Instagram Media Hiburan, perkongsian sebuah video yang memaparkan nyanyian duet antara Bella Astillah dan Ernie Zakri telah membuatkan ramai berasa tersentuh hati. Mereka menyanyikan lagu berjudul Masing-masing yang merupakan lagu asal Ernie.
Bella dan Ernie membuat persembahan ketika Majlis Rumah Terbuka Universal Music yang berlangsung hari ini. Paduan suara Bella dan Ernie ini nampak sangat serasi dan sedap didengar. Bella juga mempunyai tone suara tersendiri yang cukup merdu.
Namun di sebalik persembahan Bella dan Ernie ini, ramai peminat berasa sebak kerana lirik lagu tersebut agak kena dengan perjalanan hidup Bella. Walaupun begitu, Bella boleh menyanyikan lagu ini dengan baik dan ternyata Bella sudah move on.
Perkongsian video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Bella juga kelihatan sangat cantik dan manis mengenakan baju kurung moden. Begitu juga Ernie dengan penampilan serba pink.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila mendengar duet antara mereka. Antara komen-komen yang diberikan :
” Aku rasa ernie yg rasa nk ngis tgk bella.. part “tapi kamu yang paling sakit” tu bella buat isyarat mereng .. Sedap la suara bella.. “
” Ernie ni sangat bagus bila bab duet sebab dia tak suka overdo rakan partner.. boleh dia nyanyi tak nangis.. berat lirik tu, seperti jalan cerita hidupnya.. “
” Sy lps dgr bella cover terus lupa siapa pnyanyi asal .. sbb lagu ni mcm sesuai dia yg nyanyi.. Version bella more to feel sedih, version ernie more to sedap didengar hari2.. “
” Bella nampak mcm Dato siti masa masih muda,, Bella nyanyi pakai hati stay strong bella.. Lagu ni kena weyh dengan bella.. “
” Bella dh tak sedih dah, yg tinggal hanya kenangan sahaja sebab tu boleh nyanyi tanpa nangis.. aku sorang je ke yg nangis tngok bella nyanyi.. sgt trkesan.. “
” Can relate bila satu dunia tahu kisah Bella. Kita juga rasa pedih dia. stay strong, our strng mom Bella. we need this kinda song more.. “
” Aku yang nangis tengok Bella sampaikan lagu ni. Mungkin hati dia dah terlampau remuk sampai dah tiada rasa .. Bila perempuan dah move on.. “
Ternyata ramai yang sayangkan Bella kerana ada yang berasa terkesan dengan kisah hidup Bella. Kami di Berita Kopak juga mendoakan semoga Bella Astillah terus tabah menjalani kehidupan dan semoga bahagia akan menjadi milik Bella. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok & Instagram Media Hiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral7 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen