Artis / Selebriti
” Bila tengok video ni, jatuhnya air mata seorang ibu, ahhh tak tahan dah, mengalir jugak air mata.. ” – Komen Netizen
Video Ina Naim tidak dapat menahan tangisan ketika melihat anaknya, Sallman Elkhoyri menyanyi semasa rehearsal Konsert Kasih Kekasih Inteam buat ramai tersentuh. Sebaknya tengok Ina menangis..
Konsert Kasih Kekasih Inteam semalam berlangsung dengan jayanya. Ribuan penonton hadir dan tumpuan diberikan kepada salah seorang penyanyi jemputan jemputan dalam konsert itu iaitu anak kedua kepada arwah Suhaimi Saad dan Ina Naim, Sallman Elkhoyri.
Memandangkan tarikh konsert Inteam dan semi final Talk To My Manager berlangsung pada hari dan masa yang sama, Ina perlu membahagikan masanya untuk Hadie dan Sallman. Tanggungjawab dan amanah yang diberikan perlu dilaksanakan dengan sebaiknya agar kedua-dua anaknya merasa lebih bersemangat.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ina Suhaimi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ina dan suaminya melihat rehearsal Sallman bersama Inteam. Mendendangkan lagu Kias Cinta, lagu ini banyak mengingatkan peminat terhadap Suhaimi Saad.

Rasa bangga Ina pasti ada melihat anaknya berani tampil di pentas besar sehinggakan Ina menangis mendengar nyanyian Sallman. Ina pernah memberitahu sebelum ini hampir 2 tahun Sallman dan Hadie melupakan bidang nyanyian kerana terkesan dengan pemergian ayah mereka.
Jom tonton video di bawah :
@inasuhaimi78 Semoga Allah menjagamu nak…. Sayang anak2 ibu #inanaim #hadie #sallman #inteam #ttmm
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
Sehingga kini, lebih 5000 tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ss junior, Salman Suhaimi, sebijik ayahnya.. aku tgk pun sedih ina bertuah dpt suami2 yg baik semoga kekal ke akhir hayat.. “
” Saya tengok her new husband very2 supportive her child.. dari abang sampai ke adik.. Respect juga pada suami yang baru, very supportive.. “
” Sya antara org yg x Prnah mngutuk arwah.. Stiap salam yg sya beri.. Arwah akan jwab dgn baik.. Allahu.. Rindu live dorang 1 family.. Dgn laksanya.. “
” Sedih tgk ina nangis.. sy slh sorg yg selalu tgk live ss dlu kdg smpai lewat malam.. seronok dgr arwah cerita psl mcm2..arwah akan baca satu2 komen… kalau dh nk end live x smpt baca dia akan mnta maaf kt followers dia.. “
” Dari pg td asyik fyp video Salman nyanyi dkt konsert inteam. Sebak dengar, tp masih boleh tahan nangis lagi. Tp bila tgok video ni, jatuh nya air mata seorang ibu, ahhh tak tahan dah. Terus mengalir jugak air mata kt rumah ni.. “
” Tengok Ina nangis,kita pun ikut nangis.. Terus kuat ye bimbing Hadie dan Salman dlm meneruskan legasi arwah ayah mereka.. “
” Naluri seorang ibu.plk ada gambar arwah SS,tu yg buat Ina semakin sebak. Mungkin tak menyangka yg anaknya dpt berganding dgn kwn2 arwah ayahnya.. “
Siapa sangka, Sallman akan sepentas dan berdiri gah bersama sahabat-sahabat ayahnya yang selalu ada dalam susah dan senang. Hati ibu mana yang dapat menahan sebak, segala yang Allah aturkan sungguh indah dan tidak terjangkau dek akal. Semoga Sallman juga akan berjaya seperti ayahnya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Inasuhaimi78
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti5 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen

